Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

‘LANGKAH DUBAI’ TIDAK BERI KESAN KEPADA PENTADBIRAN – PM ANWAR

DALAM NEGARA

‘LANGKAH DUBAI’ TIDAK BERI KESAN KEPADA PENTADBIRAN – PM ANWAR

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata beliau maklum mengenai ‘Langkah Dubai’, namun baginya gerakan yang dikatakan untuk menjatuhkan Kerajaan Perpaduan itu tidak langsung memberi kesan kepada pentadbirannya.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. – Bernama

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata beliau maklum mengenai ‘Langkah Dubai’, namun baginya gerakan yang dikatakan untuk menjatuhkan Kerajaan Perpaduan itu tidak langsung memberi kesan kepada pentadbirannya.

Beliau berkata tumpuan kerajaan pimpinannya sekarang adalah soal kerja dalam membangunkan negara dan menjaga rakyat.

“Saya baca mengenai Langkah Dubai, tapi bagi saya kita tumpu soal kerja. Itu kerja mereka bagi saya tidak mengesankan.

“Yang penting, kita dah mula 2 Januari melancarkan satu program penting (Pangkalan Data Utama – PADU) bagi rakyat,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan majlis peluncuran PADU di sini hari ini.

Sabtu lepas Ketua Pengarah (Komunikasi Komuniti) Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom) Datuk Ismail Yusop dilaporkan mendakwa ‘Langkah Dubai’ timbul sewaktu percutian pemimpin pembangkang termasuk dari pihak kerajaan di ibu kota Emiriah Arab Bersatu (UAE) baru-baru ini. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading