COVID-19: PEMAKAIAN PELITUP MUKA MASIH DIGALAKKAN DI SEKOLAH – WONG
Makluman berkenaan prosedur operasi standard (SOP) berkaitan mengekang penularan COVID-19 di sekolah dan institusi pendidikan oleh Kementerian Pendidikan (KPM) pada April tahun lepas masih terpakai hingga kini.
TAIPING: Makluman berkenaan prosedur operasi standard (SOP) berkaitan mengekang penularan COVID-19 di sekolah dan institusi pendidikan oleh Kementerian Pendidikan (KPM) pada April tahun lepas masih terpakai hingga kini, kata Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh.
Wong berkata antara SOP itu melibatkan penggalakan pemakaian pelitup muka kepada guru, murid dan pelajar, selain warga sekolah perlu melakukan ujian kendiri jika bergejala serta sentiasa menjaga kebersihan diri.
“Bagaimanapun, kita tahu bahawa isu COVID-19 ini mungkin akan berubah dari semasa ke semasa, dan pihak KPM akan sentiasa berbincang dan berkolaborasi dengan pihak KKM (Kementerian Kesihatan) berkenaan cara atau SOP kita untuk cegah penularan COVID-19,” katanya kepada pemberita pada Program Semarak Taiping di sini malam tadi.
Beliau berkata demikian ketika ditanya langkah kerajaan sekiranya berlaku penularan COVID-19 di sekolah berikutan perkembangan semasa wabak itu di dalam negara.
Pada 29 Dis lepas, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dalam kenyataan berkata situasi kekal terkawal dengan kebanyakan kes dilaporkan melibatkan gejala ringan dan tidak memerlukan rawatan di hospital, selain tiada varian baharu COVID-19 yang dikesan di negara ini.
Ditanya jika KPM akan menutup sementara sekolah yang terjejas dengan penularan COVID-19, Wong berkata kementerian itu akan mengendalikan setiap kes dengan teliti dan mendapatkan nasihat daripada KKM untuk tindakan selanjutnya jika keadaan penularan menjadi serius.
“Segala SOP harus kita muktamadkan selepas berbincang dengan KKM. Pihak KPM akan terus memantau isu ini, jadi kita akan tengok apa yang berlaku selepas sekolah dibuka semula (pada 2 Jan),” katanya.
Sementara itu, mengenai pemakaian semula pakaian seragam sekolah, Wong berkata setakat ini KPM tidak berbincang berhubung perkara itu dan tiada ketetapan diputuskan tempoh kelonggaran pakaian sukan terpakai di seluruh negara.
Beliau berkata meskipun cuaca kini tidak lagi panas seperti sebelum ini, namun terdapat pula beberapa sekolah di Pantai Timur yang terjejas dengan bencana banjir.
“Bagi pihak KPM, kita selalu pegang prinsip kemanusiaan yang kita mahu memberikan kesenangan dan kelonggaran kepada anak-anak kita dalam pembelajaran mereka. Apa yang penting bagi kita ialah kandungan pembelajaran daripada isu lain,” katanya.
Pada 20 Mei tahun lepas, KPM tidak menetapkan tempoh kebenaran bagi murid, guru dan anggota kumpulan pelaksana di semua institusi pendidikannya memakai pakaian atau baju sukan ketika cuaca panas yang berlaku ketika itu, dengan Menterinya Fadhlina Sidek berkata kebenaran khas itu bergantung kepada keadaan cuaca.
Mengenai program malam tadi, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Taiping (MPT) Khairul Amir Mohamad Zubir dalam ucapan aluannya berkata tanggal 20 Jan 2024 akan genap ulang tahun ke-150 bandar Taiping yang ditubuhkan melalui Perjanjian Pangkor pada 1984, selain MPT akan menganjurkan 150 program untuk tahun ini bersempena dengan ulang tahun itu.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests