Connect with us

ALHIJRAH NEWS

JPA BUKA PERMOHONAN OPSYEN PINJAMAN BOLEH UBAH BERASASKAN MERIT AKADEMIK

DALAM NEGARA

JPA BUKA PERMOHONAN OPSYEN PINJAMAN BOLEH UBAH BERASASKAN MERIT AKADEMIK

JPA membuka permohonan Opsyen Pinjaman Boleh Ubah Berasaskan Merit Akademik (PBU Akademik) Fasa Kedua mulai 1 Julai hingga 31 Ogos 2026, melibatkan lebih 59,000 bekas pelajar tajaan yang layak.

PUTRAJAYA: Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) membuka permohonan Opsyen Pinjaman Boleh Ubah Berasaskan Merit Akademik (PBU Akademik) Fasa Kedua bermula hari ini hingga 31 Ogos 2026, melibatkan lebih 59,000 bekas pelajar tajaan JPA yang menamatkan pengajian pada atau sebelum 31 Disember 2024.

JPA memaklumkan, pelaksanaan Fasa Kedua itu memperluaskan manfaat PBU Akademik kepada lebih ramai bekas pelajar yang memenuhi syarat kelayakan.

“PBU Akademik merupakan model penajaan baharu yang diperkenalkan pada 1 Jun 2025 bagi menentukan kadar bayaran balik pinjaman berdasarkan pencapaian akademik pelajar, beralih daripada kaedah terdahulu yang ditentukan mengikut tempat berkhidmat,” menurut kenyataan hari ini.

Sehingga kini, lebih 11,000 pelajar baharu menerima penajaan di bawah model PBU Akademik, manakala lebih 23,000 pelajar sedia ada di bawah model Pinjaman Boleh Ubah Berasaskan Merit Tempat Berkhidmat (PBU 2016) telah menyertai Opsyen Fasa Pertama yang berlangsung dari Januari hingga Mac 2026.

“Pelajar yang layak memohon ialah mereka yang menamatkan pengajian pada atau sebelum 31 Disember 2024, tidak mempunyai tunggakan bayaran balik pinjaman atau Elaun Terlebih Bayar (ETB), serta masih berada dalam tempoh ikatan kontrak berkhidmat dengan Kerajaan, syarikat berkaitan Kerajaan (GLC) atau syarikat swasta.”

Opsyen itu tidak ditawarkan kepada pelajar yang ditamatkan penajaan kerana melanggar syarat Perjanjian PBU 2016, telah menyelesaikan sepenuhnya bayaran balik pinjaman atau ikatan kontrak berkhidmat di bawah PBU 2016 atau gagal melengkapkan penajaan berpakej sehingga setaraf Ijazah Pertama.

Bekas pelajar yang layak perlu mengemas kini maklumat perhubungan melalui Portal Malaysian Student Engagement Online Feed (MySELF) sebelum mengemukakan permohonan. Dokumen perjanjian pula perlu ditandatangani secara dalam talian menerusi sistem ePROMISE, diikuti bayaran duti setem melalui sistem MyTAX LHDNM dalam tempoh 30 hari selepas perjanjian ditandatangani.

Bekas pelajar tajaan JPA yang memenuhi syarat kelayakan disaran menyemak status masing-masing dan mengemukakan permohonan melalui Portal MySELF dalam tempoh yang ditetapkan. — AlHijrah Online.


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Dari masyarakat, untuk masyarakat

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading