Connect with us

ALHIJRAH NEWS

SEKATAN UDANG JADI TUMPUAN MESYUARAT MALAYSIA-THAILAND

DALAM NEGARA

SEKATAN UDANG JADI TUMPUAN MESYUARAT MALAYSIA-THAILAND

Malaysia menegaskan keperluan penyelesaian segera terhadap sekatan eksport udang ke Thailand, selain menjelaskan tindakan sementara negara terhadap import lima jenis udang dari Thailand dibuat berdasarkan penilaian teknikal, risiko semasa dan keperluan biosekuriti.

 

PUTRAJAYA– Isu sekatan perdagangan udang menjadi tumpuan utama mesyuarat dua hala antara Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu, dan Menteri Pertanian dan Koperasi Thailand, Suriya Jungrungreangkit, hari ini.

Malaysia menegaskan keperluan penyelesaian segera terhadap sekatan eksport udang ke Thailand, selain menjelaskan tindakan sementara negara terhadap import lima jenis udang dari Thailand dibuat berdasarkan penilaian teknikal, risiko semasa dan keperluan biosekuriti.

Langkah Malaysia itu kekal berkuat kuasa sehingga proses penilaian lanjut selesai, termasuk kemungkinan pemeriksaan di lapangan, perbincangan teknikal serta pengaturan pensijilan kesihatan.

Kedua-dua pihak bersetuju meneruskan rundingan bagi mencari penyelesaian yang tidak menjejaskan keselamatan makanan negara, namun pada masa sama memastikan kelancaran perdagangan dua hala.

Malaysia turut membangkitkan isu pemeriksaan ketat terhadap eksport ikan siakap ke Thailand serta permohonan akses pasaran produk ternakan yang masih tertangguh sejak 2024.

Dalam pertemuan itu, Malaysia juga menggesa Thailand mempermudah fasilitasi perdagangan melalui ASEAN Rapid Transit System, termasuk pengeluaran permit khas bagi memperluas akses produk pertanian Malaysia ke pasaran China, khususnya durian.

Nilai perdagangan produk pertanian dan agromakanan Malaysia-Thailand terus mencatat perkembangan positif dengan jumlah RM20.33 bilion sepanjang 2025.

Pada akhir pertemuan, Mohamad turut menjemput Thailand menyertai Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2026 yang akan berlangsung dari 28 Ogos hingga 6 September 2026. — AlHijrah Online.


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading