JUMLAH MANGSA BANJIR MENINGKAT MENDADAK, KELANTAN CATAT ANGKAT TERTINGGI
Hujan berterusan menyebabkan jumlah mangsa banjir di beberapa negeri meningkat mendadak dengan Kelantan mencatatkan jumlah tertinggi, iaitu seramai 59,232 orang telah dipindahkan ke 221 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat pagi ini, berbanding 50,947 orang di 207 PPS malam tadi.
KUALA LUMPUR: Hujan berterusan menyebabkan jumlah mangsa banjir di beberapa negeri meningkat mendadak dengan Kelantan mencatatkan jumlah tertinggi, iaitu seramai 59,232 orang telah dipindahkan ke 221 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat pagi ini, berbanding 50,947 orang di 207 PPS malam tadi.
Portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat melaporkan jajahan Pasir Mas masih mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu seramai 22,156 orang di 53 PPS, diikuti Tumpat (8,434 mangsa, 17 PPS); Kota Bharu (5,944 mangsa, 31 PPS); Kuala Krai (5,253 mangsa, 39 PPS); Tanah Merah (4,366 mangsa, 26 PPS) dan Bachok (2,844 mangsa, lapan PPS).
Jajahan lain yang turut terkesan dengan bencana ialah Pasir Puteh (4,956 mangsa, 21 PPS); Machang (4,395 mangsa, 20 PPS); Jeli (838 mangsa, lima PPS) dan Gua Musang (46 mangsa, sebuah PPS).
Sementara itu, portal Jabatan Pengaliran dan Saliran melaporkan beberapa sungai utama di Kelantan telah mencatatkan bacaan melepasi paras bahaya setakat 8 pagi ini, antaranya Sungai Lanas di Jeli dengan bacaan 28.78 meter, Sungai Kelantan di Kuala Krai (25.17 m), Sungai Kelantan di Tambatan Diraja (5.58 meter), Sungai Golok di Kampung Jenob (28.79 m) dan Sungai Sokor di Kampung Sokor (33.92 m).
Selain itu, Sungai Golok di Rantau Panjang juga kini berada di paras 11.50 m, melebihi had bahaya sembilan meter dan Tangga Bratley Kuala Krai pada paras 25.25 m.
Di TERENGGANU, seramai 20,911 orang daripada 5,916 keluarga berlindung di 232 PPS setakat 8 pagi ini berbanding 17,762 orang pada 8 malam semalam.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu (JPBNT) memaklumkan angka terkini itu membabitkan tujuh daerah terjejas, dengan Besut kekal mencatat bilangan tertinggi iaitu 9,338 mangsa di 96 buah PPS, diikuti Hulu Terengganu (4,333 mangsa), Setiu (4,255 mangsa), Kemaman (1,534 mangsa), Dungun (709 mangsa), Marang (668 mangsa), dan Kuala Nerus (74 mangsa).
Semakan di portal InfoBanjir menunjukkan bacaan paras air di sembilan stesen berada pada paras bahaya, iaitu enam di Setiu, antaranya Sungai Nerus di Kampung Langkap dan Sungai Setiu di Jambatan Permaisuri dan Kampung Bukit.
Di daerah Kemaman pula, ia melibatkan stesen Sungai Kemaman di Rumah Pam Paya Paman manakala Dungun membabitkan stesen Sungai Dungun di Kuala Dungun dan di Jambatan Jerangau.
Di KEDAH, bilangan mangsa banjir mencecah 4,378 orang daripada 1,432 keluarga setakat pagi ini berbanding 2,210 orang daripada 717 keluarga, malam tadi.
Timbalan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah Mejar (PA) Muhammad Suhaimi Mohd Zain berkata kesemua mangsa dari lima daerah iaitu Kubang Pasu, Padang Terap, Kota Setar, Pokok Sena dan Sik itu ditempatkan di 34 PPS.
Katanya Kubang mencatatkan jumlah mangsa teramai iaitu 1,708 orang daripada 600 keluarga di 13 PPS, diikuti Padang Terap (1,145 keluarga daripada 338 keluarga yang ditempatkan di sembilan PPS)
“Manakala di Kota Setar, seramai 735 orang daripada 230 keluarga ditempatkan di tiga PPS, Pokok Sena seramai 429 orang daripada 140 keluarga di tiga PPS dan di Sik, seramai 361 orang daripada 124 keluarga ditempatkan di enam PPS,” katanya dalam kenyataan.
Peningkatan juga berlaku di PERLIS dengan seramai 488 orang daripada 145 keluarga berada di PPS setakat pukul 8 pagi ini berbanding 415 orang daripada 125 keluarga malam tadi.
Pengarah APM Perlis Lt Kol (PA) Mohd Izaimi Md Daud berkata kesemua mereka berlindung di empat PPS, iaitu PPS SK Guar Nangka dan PPS SK Arau bagi kawasan Arau manakala PPS SK Titi Tinggi (Padang Besar) dan PPS Dewan Warisan (Kangar).
Beliau berkata PPS SK Guar Nangka mempunyai 73 mangsa banjir, PPS SK Arau (175 orang), PPS SK Titi Tinggi (131 orang) dan PPS Dewan Warisan (109 orang).
Di PERAK, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) memaklumkan sebuah PPS telah dibuka pada 11 malam tadi, menjadikan jumlah yang beroperasi setakat pagi ini adalah tiga.
Seramai 20 mangsa daripada tujuh keluarga ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Haji Aman di Kerian, manakala 49 mangsa daripada 15 keluarga diletakkan di PPS Dewan Serbaguna Kampung Klah Baru, Batang Padang.
Selain itu, sekretariat itu turut memaklumkan Sungai Rui di Gerik, berada pada paras amaran dengan merekodkan bacaan 165.52 meter berbanding paras normal iaitu 165.10 meter.
Di NEGERI SEMBILAN, laman sesawang Info Bencana JKM melaporkan seramai 291 mangsa daripada 100 keluarga ditempatkan di lapan PPS membabitkan dua daerah iaitu Kuala Pilah dan Tampin setakat 8.30 pagi ini.
PPS tersebut ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Keru, SK Gedok, SK Felda Sungai Kelamah, Dewan Felda Jelai 4, Masjid Felda Jelai 4 di Tampin; serta Dewan Orang Ramai Dangi, SK Undang Johol dan Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Kampung Baru Kepis di Kuala Pilah dengan jumlah mangsa masih sedang dikemaskini. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked