Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

JURURAWAT WANITA MAUT SELEPAS LANGGAR BELAKANG LORI DI LEBUH RAYA SILK

DALAM NEGARA

JURURAWAT WANITA MAUT SELEPAS LANGGAR BELAKANG LORI DI LEBUH RAYA SILK

Jururawat itu dikatakan telah melanggar sebuah lori tiga tan yang dipercayai berhenti di lorong kecemasan kerana mengalami masalah teknikal, menyebabkan dia tercampak ke sebelah kanan jalan, sebelum digilis kereta Perodua Bezza dan Perodua Alza.

PUTRAJAYA: Seorang jururawat wanita maut dalam kemalangan melibatkan empat kenderaan di Kilometer 28.2 Sistem Lingkaran-Lebuhraya Kajang (SILK) semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang Supt Shan Gopal Krishnan berkata kejadian berlaku pada kira-kira 1 tengah hari semasa jururawat berumur 29 tahun itu sedang menunggang motosikal dari arah Cheras Jaya, Kuala Lumpur menuju ke tempat kerja.

Beliau berkata jururawat itu dikatakan telah melanggar sebuah lori tiga tan yang dipercayai berhenti di lorong kecemasan kerana mengalami masalah teknikal, menyebabkan dia tercampak ke sebelah kanan jalan, sebelum digilis kereta Perodua Bezza dan Perodua Alza.

“Siasatan diteruskan dan kami mengalu-alukan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat untuk menghubungi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Sepang atau Inspektor Mohamad Fadzil Zainol Abidin di talian 019-648 8474 bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Shan Gopal berkata kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading