Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

JK HARMONI BINCANG ISU GARIS PANDUAN MUSLIM KUNJUNG RUMAH IBADAT BUKAN ISLAM

DALAM NEGARA

JK HARMONI BINCANG ISU GARIS PANDUAN MUSLIM KUNJUNG RUMAH IBADAT BUKAN ISLAM

PUTRAJAYA: Jawatankuasa Keharmonian Antara Penganut Agama (JK HARMONI) hari ini mengadakan perbincangan mengenai isu keputusan Jemaah Menteri berhubung garis panduan kunjungan penganut agama Islam ke rumah ibadat selain Islam, dengan mendengar pandangan semua wakil agama.

Gambar hiasan. — Bernama

PUTRAJAYA: Jawatankuasa Keharmonian Antara Penganut Agama (JK HARMONI) hari ini mengadakan perbincangan mengenai isu keputusan Jemaah Menteri berhubung garis panduan kunjungan penganut agama Islam ke rumah ibadat selain Islam, dengan mendengar pandangan semua wakil agama.

JK HARMONI dalam kenyataan berkata pada mesyuarat itu Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang telah menekankan bahawa pihaknya akan terus melaksanakan program-program berbentuk dialog antara agama dan pendidikan, mengenai pentingnya menghormati kepercayaan orang lain, dan menggalakkan aktiviti sosial yang melibatkan pelbagai komuniti agama. 

“Ini bertujuan memupuk rasa saling memahami dan menghormati dalam kalangan rakyat Malaysia. Aaron berharap agar program Jejak Harmoni dapat dilaksanakan di semua negeri sebagai usaha meningkatkan keharmonian dalam kalangan penganut agama di Malaysia,” menurut kenyaatan itu.

Sementara itu itu Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar menzahirkan keyakinan jawatankuasa itu akan dapat merumuskan resolusi yang memberi impak signifikan kepada keharmonian negara, berlandaskan prinsip keadilan, toleransi, dan saling memahami.  

JK HARMONI berkata Mohd Na’im turut memberi jaminan pihaknya menerusi Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) akan terus memberi sokongan kepada usaha memastikan hubungan dan kerjasama antara agama di negara terus kukuh.

“Beliau percaya hasil daripada mesyuarat ini dapat menjadi pemangkin kepada usaha memperkukuhkan perpaduan nasional demi memastikan masa depan negara yang harmoni dan inklusif untuk generasi akan datang,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu JK HARMONI berkata mesyuarat hari ini turut dimaklumkan 215 kes mediasi selesai dilaksanakan tahun lepas di lapan Pusat Mediasi Komnuniti di seluruh negara. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading