Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

RAMADAN: PENJAWAT AWAM WANITA DI NEGERI SEMBILAN PULANG AWAL SETIAP JUMAAT

DALAM NEGARA

RAMADAN: PENJAWAT AWAM WANITA DI NEGERI SEMBILAN PULANG AWAL SETIAP JUMAAT

Hampir 2,500 penjawat awam wanita di bawah pentadbiran kerajaan Negeri Sembilan dibenarkan pulang seawal 2 petang pada setiap hari Jumaat bersempena dengan Ramadan kali ini.

SEREMBAN: Hampir 2,500 penjawat awam wanita di bawah pentadbiran kerajaan Negeri Sembilan dibenarkan pulang seawal 2 petang pada setiap hari Jumaat bersempena dengan Ramadan kali ini.

Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun berkata mereka yang terlibat hanya berkerja di bawah pentadbiran kerajaan negeri dan tidak termasuk di bawah Persekutuan.

“Waktu kerja anjal di negeri ini dilaksanakan untuk wanita sahaja, pada setiap hari Jumaat masuk 7.30 pagi dan balik 2 petang, mereka tiada rehat dan tiada sembahyang Jumaat, jadi mereka boleh terus pulang.

“Bagi lelaki, selepas sembahyang Jumaat masuk balik kerja seperti biasa, tidak mengapa, kerja pada bulan Ramadan itu pahala,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Wisma Negeri di sini hari ini.

Dalam pada itu, Aminuddin berkata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka mengadakan Majlis Berbuka Puasa bersama rakyat di Negeri Sembilan pada 16 Mac ini di Tampin membabitkan lebih 1,000 hingga 1,500 penduduk sekitar.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading