Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

LORI TELUR TERBALIK DI LPT2, PEMILIK IZINKAN ORANG AWAM KUTIP

DALAM NEGARA

LORI TELUR TERBALIK DI LPT2, PEMILIK IZINKAN ORANG AWAM KUTIP

Sebuah lori membawa 78,000 biji telur ayam terbabas dan terbalik sebelum dirempuh sebuah lori lain di Kilometer 293.8 Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2) selepas keluar Plaza Tol Chukai, awal pagi tadi.

KEMAMAN: Sebuah lori membawa 78,000 biji telur ayam terbabas dan terbalik sebelum dirempuh sebuah lori lain di Kilometer 293.8 Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2) selepas keluar Plaza Tol Chukai, awal pagi tadi.

Kejadian difahamkan berlaku kira-kira jam 5.30 pagi tadi bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kecederaan terhadap pemandu lori dan kelindannya.

Kelindan lori, Mohd. Izzat Izzudin, 25 berkata, lori tersebut dalam perjalanan dari Raub, Pahang untuk menghantar bekalan telur ayam ke Kuala Terengganu.

“Lori telur itu terbabas ke kiri jalan dan terbalik selepas dirempuh sebuah lori barangan sejuk beku dari arah belakang.

“Kami bawa bekalan telur kira-kira 2,500 papan dengan anggaran 78,000 biji. Pemilik syarikat izinkan telur ini diberikan kepada orang ramai kerana banyak juga telur yang rosak,” katanya seperti dilapor media.

Terdahulu tular video memaparkan orang awam mengutip telur yang bertaburan di tepi lebuh raya berkenaan.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading