Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KADAR PERATUSAN VAKSINASI COVID-19 MALAYSIA MELEPASI NEGARA JIRAN

DALAM NEGARA

KADAR PERATUSAN VAKSINASI COVID-19 MALAYSIA MELEPASI NEGARA JIRAN

Sumber Gambar: ARKIB

GEORGE TOWN: Kadar peratusan rakyat Malaysia yang telah menjalani pemvaksinan sekurang-kurangnya satu dos, telah melepasi Indonesia, Thailand, Filipina dan Vietnam setakat semalam, kata Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

“Walaupun ini bukan satu perlumbaan, adalah baik untuk kita sentiasa menanda aras dengan negara-negara lain. Manakala dari segi kadar suntikan harian, saya telah minta supaya ia sentiasa ditingkatkan dari hari ke hari.

“Semalam, kita telah merekodkan 105,655 suntikan dengan kebanyakannya merupakan suntikan dos pertama,” katanya selepas melawat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) SPICE, The SPICE Arena di sini.

Khairy Jamaluddin yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata pihaknya menyasarkan untuk memberikan 150,000 dos suntikan setiap hari bulan ini dan ditingkatkan kepada 200,000 suntikan menjelang bulan depan.

Usaha tersebut akan dibantu dengan penubuhan lebih banyak PPV termasuk 1,000 klinik swasta di seluruh negara dan melalui sistem pandu lalu, katanya.—AlHijrah Online / BERNAMA


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading