Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KAKI KANAK-KANAK TERSEPIT DALAM ESKALATOR

DALAM NEGARA

KAKI KANAK-KANAK TERSEPIT DALAM ESKALATOR

Seorang kanak-kanak berdepan detik cemas selepas kaki kanannya tersepit pada eskalator di sebuah pusat beli-belah, di sini, hari ini.

PUTRAJAYA: Seorang kanak-kanak berdepan detik cemas selepas kaki kanannya tersepit pada eskalator di sebuah pusat beli-belah, di sini, hari ini.

Kejadian tersebut berlaku kira-kira 1.30 tengah hari melibatkan kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun yang sedang turun dari tingkat dua pusat beli belah itu bersama ibu bapanya dengan menggunakan eskalator.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Cyberjaya berkata, pihaknya mengerahkan dua orang pegawai termasuk lima anggota ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 1.48 tengah hari.

“Kaki mangsa berjaya dikeluarkan dan mangsa kemudiannya diserahkan kepada Hospital Serdang untuk rawatan selanjutnya. Tidak dapat dipastikan bentuk kecederaan dialami mangsa,” katanya.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading