Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KAKITANGAN MAHKAMAH SYARIAH PERLIS TERIMA RASUAH DIREMAN

DALAM NEGARA

KAKITANGAN MAHKAMAH SYARIAH PERLIS TERIMA RASUAH DIREMAN

KANGAR: Seorang kakitangan Mahkamah Syariah Perlis direman dua hari sehingga esok bagi membantu siasatan ke atas dakwaan meminta suapan sebagai dorongan mempercepatkan proses permohonan sabitan nasab atau permohonan dokumen anak tidak sah taraf.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Kamaliza Md Zain di Mahkamah Majistret Kangar, hari ini.

Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perlis, Suzeliyana Hashim memaklumkan, suspek ditangkap di pejabat SPRM Perlis di Kangar ketika hadir untuk memberi keterangan pada jam 5.30 petang semalam.

Penahanan suspek berusia 41 tahun itu dilakukan selepas menerima aduan awam mengenai kegiatan dilakukan suspek.

Suspek disyaki meminta suapan sebanyak RM5,500 pada 17 Mac lalu daripada seorang pemohon dokumen bagi mempercepatkan permohonan dokumen anak tidak sah taraf.

Bagi kes ini suspek dipercayai sudah mengambil RM3,000 daripada jumlah diminta dan mengeluarkan resit palsu kepada pemohon.

Kes disiasat mengikut Seksyen 17a Akta SPRM 2009. – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading