Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

DUA ANJING TERIMA ANUGERAH KETUA POLIS JOHOR

DALAM NEGARA

DUA ANJING TERIMA ANUGERAH KETUA POLIS JOHOR

JOHOR BAHRU: Dua anjing daripada Unit Anjing Pengesan Polis Diraja Malaysia (PDRM) atau Unit K9, menjadi antara 139 penerima Anugerah Ketua Polis Johor pada Sambutan Hari Polis ke-214 Peringkat Negeri Johor.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata dua anjing bernama Barny dan Mailo jenis baka German Shepherd itu banyak menyumbangkan jasa dalam menyelesaikan kes termasuk kes berprofil tinggi berhubung pembunuhan kejam yang dilakukan suami terhadap isterinya di Ladang Serai di Kota Tinggi pada awal bulan ini.

“Anjing ini banyak jasa kepada pasukan polis melibatkan kes mencari dan mengesan mayat.

“Sebab itu kita bagi penghargaan kepada pengendali dan anjing itu sendiri,” katanya ketika ditemui media.

Ayob Khan menyampaikan pingat, sijil penghargaan dan makanan kepada kedua-duanya melalui pelatih mereka, Lans Koperal K. Thiru (Mailo) dan Lans Koperal Calvin Maluni (Barny).

Pada majlis tersebut sepuluh pengamal media turut menerima sijil penghargaan atas liputan-liputan yang dilakukan dalam usaha membendung aktiviti jenayah. – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading