KAMPUNG SUNGAI BARU JADI KAMPUNG ANGKAT MENTERI AGAMA
KUALA LUMPUR: Kampung Sungai Baru, Kampung Baru, menjadi Kampung Angkat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar selaras dengan hasrat Kerajaan MADANI untuk memartabatkan semangat perpaduan dan keharmonian masyarakat.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar (tiga, kiri) menyampaikan bantuan kepada warga kampung pada Majlis Peluncuran Program Santuni MADANI Kampung Angkat YB Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) di Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru hari ini. – Bernama
KUALA LUMPUR: Kampung Sungai Baru, Kampung Baru, menjadi Kampung Angkat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar selaras dengan hasrat Kerajaan MADANI untuk memartabatkan semangat perpaduan dan keharmonian masyarakat.
Mohd Na’im berkata beliau akan memastikan Kampung Sungai Baru khususnya Kampung Baru supaya mendapat lebih tumpuan untuk menangani isu kemiskinan, keciciran pendidikan, kesihatan, pengangguran, keselamatan, penyalahgunaan dadah, infrastruktur dan sebagainya.
“Sebagai anak Kampung Baru, saya rasa amat bertanggungjawab untuk berusaha membantu keperluan warga Kampung Sungai Baru dalam pelbagai aspek khususya bidang pendidikan dan penghayatan Islam kerana ia berkait rapat dengan bidang tugas saya selaku Menteri Agama.
“Saya membesar di sini sejak zaman kanak-kanak dan remaja lagi dan terdedah dengan hiruk-pikuk kota raya. la menjadi universiti kehidupan yang mengajar saya erti semangat tolong menolong, bekerjasama dan juga perjuangan hidup. Seribu satu kenangan dan nostalgia telah dilalui sehingga membentuk diri saya pada hari ini,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Santuni MADANI: Mini Karnival Kampung Angkat MADANI di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru yang turut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa.
Beliau juga berhasrat untuk menubuhkan Pasukan Kerja Santuni MADANI Kampung Baru yang akan dipengerusikan sendiri oleh penduduk kampung itu bagi melicinkan gerak kerja yang direncanakan untuk kemajuan kampung itu.
Pada 6 Julai lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan Jemaah Menteri dan Ketua Setiausaha Negara supaya memilih kampung asal atau kampung lain untuk dijadikan kampung angkat bagi memastikan pembangunan tidak tertumpu di kawasan bandar sahaja.
Terdahulu, Mohd Na’im dengan kerjasama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menyampaikan sumbangan kepada tiga asnaf yang merupakan penerima bantuan zakat MAIWP di Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru pada Program Ziarah MADANI.
Mereka ialah ibu tunggal Norazian Bistaman, 52; warga emas Siti Norsiah Mashkor, 70; dan penghidap penyakit saraf Badrol Hisham Mohd Noor, 62, dengan kesemuanya menerima bantuan wang tunai dan barang makanan sumbangan daripada agensi itu.
Mohd Na’im turut berkesempatan beramah mesra bersama pengurusan Sekolah Kebangsaan Kampung Baru yang dipilih untuk menjadi simbolik penyerahan Program Gerobok Rezeki Sekolah Wilayah Persekutuan Tahun 2024 berjumlah RM1.5 juta.
“Program Gerobok Rezeki Sekolah merupakan inisiatif MAIWP dalam memastikan tiada anak-anak terutamanya pelajar sekolah yang kelaparan.
“Dengan konsep ‘ambil atas keperluan, beri tanpa persoalan’, program yang digerakkan dengan kerjasama Pertubuhan Keinsanan Malaysia (HUMANITY) itu telah memanfaatkan semua pelajar tanpa mengira agama dan bangsa,” katanya. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests