Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KANAK-KANAK MANGSA PERTAMA BANJIR DI PASIR PUTEH DITEMUI MAUT

DALAM NEGARA

KANAK-KANAK MANGSA PERTAMA BANJIR DI PASIR PUTEH DITEMUI MAUT

KOTA BHARU: Seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun, yang dikhuatiri lemas lewat petang semalam di Felcra Teratak Batu, Pasir Puteh ditemui maut pagi ini.

Ketua Polis Kelantan Datuk Hasanuddin Hassan berkata, pasukan penyelamat menemui mayat Mohammad Ilham Hasmadi, di sebuah bendang kira-kira 400 meter dari tempat mangsa dikatakan terjatuh pukul 8.00 pagi ini.

“Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Tengku Anis, Pasir Puteh untuk bedah siasat,” katanya kepada pemberita selepas Program Berkhatan Kanak-kanak Peringkat Kontinjen Kelantan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini, hari ini.

Semalam, seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun dikhuatiri lemas di tali air ketika mengikut bapa saudaranya memasang pukat ikan di Felcra Teratak Batu, Pasir Puteh.

Kejadian pukul 6.30 petang itu, mangsa dikatakan berada di atas titi kayu sebelum tergelincir dan dibawa arus deras. — BERNAMA


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading