Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KANAK-KANAK NYARIS MAUT HANYUT DALAM LONGKANG

DALAM NEGARA

KANAK-KANAK NYARIS MAUT HANYUT DALAM LONGKANG

Seorang kanak-kanak lelaki nyaris maut selepas hanyut dibawa arus dera ketika mengambil bola dalam longkang, di Jalan Kajang Perdana 8, Taman Kajang Perdana, petang tadi.

KAJANG: Seorang kanak-kanak lelaki nyaris maut selepas hanyut dibawa arus dera ketika mengambil bola dalam longkang, di Jalan Kajang Perdana 8, Taman Kajang Perdana, di sini petang tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 6:32 petang tadi sebelum mengerahkan anggotanya ke lokasi kejadian.

“Terdapat seorang kanak-kanak lelaki berusia 9 tahun telah hanyut dalam longkang semasa mahu mengambil bola.

“Kedalaman longkang bawah tanah (sewer) 25 kaki dan kerja-kerja menyelamat dilakukan anggota bomba,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, status mangsa adalah selamat dan mangsa berjaya dibawa naik pada jam 7:29 malam.

Mangsa dilaporkan mengalami kecederaan ringan dan berada dalam keadaan lemah telah diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan (KKM) untuk tindakan selanjutnya.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading