KARNIVAL PJH TAWAR PAKEJ HAJI EKONOMI DI BAWAH RM55,000
Karnival yang berlangsung selama tiga hari sehingga Ahad ini disertai oleh 37 syarikat pengelola jemaah haji (PJH) yang dilantik oleh Lembaga Tabung Haji (TH).
SEPANG: Karnival Haji, Umrah dan Pelancongan Ketiga Pengelola Jemaah Haji (Karnival PJH) yang diadakan di Movenpick Hotel and Convention Centre di sini menawarkan pakej haji ekonomi dengan harga di bawah RM55,000.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata karnival yang berlangsung selama tiga hari sehingga Ahad ini disertai oleh 37 syarikat pengelola jemaah haji (PJH) yang dilantik oleh Lembaga Tabung Haji (TH).
“Karnival PJH yang dianjurkan ini adalah platform terbaik untuk memupuk pemahaman dan kesedaran mengenai pengurusan serta perkhidmatan pakej haji kepada bakal-bakal jemaah haji.
“Saya berharap syarikat-syarikat PJH dapat memanfaatkan peluang ini untuk mempromosikan pakej-pakej haji yang ditawarkan secara langsung kepada orang ramai dan para bakal haji sepanjang karnival ini berlangsung,” katanya ketika berucap merasmikan Karnival PJH di sini hari ini.
Turut hadir, Pengerusi TH Tan Sri Abdul Rashid Hussain, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH Syed Hamadah Syed Othman, serta Presiden Persatuan Syarikat Pengendalian Pelancongan Malaysia (BUMITRA) Dr Wan Muhamad Adam Wan Norudin.
Mohd Na’im berkata Karnival PJH yang dianjurkan oleh TH dan BUMITRA menyasarkan lebih 16,000 pengunjung.
“Oleh itu, saya menyeru dan mengajak masyarakat, khususnya rakyat Malaysia yang berhasrat untuk menunaikan haji atau yang telah menerima tawaran haji, serta mereka yang berminat untuk menunaikan umrah atau mengunjungi destinasi pelancongan, untuk datang beramai-ramai ke karnival kali ini bagi mendapatkan perkhidmatan pakej haji.
“Semua bakal haji juga berpeluang untuk mendapatkan penerangan yang lebih jelas dan boleh membuat pertanyaan secara bersemuka mengenai pakej-pakej yang ditawarkan.
“Justeru, saya menyeru bakal-bakal haji terpilih pada musim haji tahun ini untuk hadir ke Karnival PJH, agar dapat bertanya sendiri dan memperoleh maklumat yang lebih mendalam mengenai tawaran pakej haji yang disediakan,” katanya.
Beliau berkata Karnival PJH adalah inisiatif TH yang dilihat sebagai platform terbaik untuk mengetengahkan perkhidmatan 37 syarikat PJH yang telah dilesenkan.
“Saya yakin syarikat-syarikat PJH ini memiliki kapasiti yang teguh, kepakaran dan pengalaman yang mencukupi serta berwibawa dalam menyediakan perkhidmatan terbaik dan menjaga kebajikan jemaah haji negara,” katanya.
Selain pakej haji, beliau berkata pengunjung juga boleh mendapatkan pakej-pakej umrah dan pelancongan yang turut ditawarkan oleh syarikat PJH yang terlibat.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.