6,000 BAKAL JEMAAH TERIMA TAWARAN HAJI SETAKAT HARI INI – MOHD NA’IM
Mohd Na’im turut mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati dengan penipuan pakej haji dan umrah yang ditawarkan oleh individu dan syarikat pelancongan tidak berlesen.
SEPANG: Kira-kira 6,000 bakal jemaah telah bersetuju menerima tawaran haji bagi musim 1446H/2025 setakat ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.
Beliau berkata surat tawaran haji telah diedarkan secara berperingkat kepada 31,600 bakal jemaah haji bermula 16 Dis lepas dan dijangka selesai pada 15 Jan ini.
“Kalau tidak terima sampai 15 Jan ini (maka) tak adalah (tawaran). Yang telah menerima (surat) tawaran haji itu maknanya mereka dah pergi pemeriksaan (kesihatan).
“Kita akan memulakan proses rayuan selepas 15 Jan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Haji, Umrah dan Pelancongan Ketiga Pengelola Jemaah Haji (Karnival PJH) di sini hari ini.
Beliau berkata setakat ini, TH telah menerima kira-kira 60,000 rayuan haji bagi musim ini sejak 19 Dis lepas.
Sementara itu, Mohd Na’im turut mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati dengan penipuan pakej haji dan umrah yang ditawarkan oleh individu dan syarikat pelancongan tidak berlesen.
Beliau berkata masih ramai mudah terperdaya dengan pakej haji tidak sah yang ditawarkan oleh pihak bertanggungjawab meskipun pelbagai inisiatif telah diambil oleh pengurusan TH dalam memberikan peringatan secara berkala kepara orang ramai.
Menurut beliau, kerajaan memandang serius isu penipuan pakej haji dan komited untuk menangani kes penipuan membabitkan jemaah haji negara menerusi kerjasama erat dengan Polis Diraja Malaysia, Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) serta Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya.
“Ingin saya tegaskan di sini bahawa individu atau syarikat yang menawarkan perkhidmatan pakej haji tanpa kelulusan dan lesen daripada TH boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Akta Tabung Haji 1995.
“Justeru, suka saya mengingatkan semua bakal haji untuk memastikan pakej haji ingin diambil adalah daripada 37 Pengelola Jemaah Haji telah dilesenkan oleh TH termasuk bakal haji yang mendapat visa Furada dan Mujamalah agar pemantauan dapat dilakukan bagi memastikan semua jemaah haji Malaysia mendapat perkhidmatan terbaik,” katanya. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.