Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PENCEROBOHAN ISRAEL BERTERUSAN DI SELATAN LUBNAN KETIKA KETEGANGAN MENINGKAT DI NAQOURA

DUNIA

PENCEROBOHAN ISRAEL BERTERUSAN DI SELATAN LUBNAN KETIKA KETEGANGAN MENINGKAT DI NAQOURA

Tentera rejim Israel pada Jumaat terus melakukan pencerobohan di kampung-kampung yang diduduki di selatan Lubnan, dengan jentolak merobohkan rumah-rumah di kawasan kejiranan Naqoura, lapor Agensi Berita Nasional Lubnan (NNA).

Sumber Gambar: AFP

BEIRUT: Tentera rejim Israel pada Jumaat terus melakukan pencerobohan di kampung-kampung yang diduduki di selatan Lubnan, dengan jentolak merobohkan rumah-rumah di kawasan kejiranan Naqoura, lapor Agensi Berita Nasional Lubnan (NNA).

Tindakan ini menyebabkan kelewatan kemasukan Tentera Lubnan ke bandar terbabit, yang juga merupakan lokasi ibu pejabat Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) pada Khamis lalu.

Sementara itu, lebuh raya Tyre-Naqoura menyaksikan peningkatan aktiviti, dengan rondaan pasukan UNIFIL bergerak bersama-sama unit Tentera Lubnan.

Tentera Lubnan turut memasang penghadang konkrit di jalan Hamra-Biyada yang menghala ke Naqoura, mengehadkan akses ke bandar itu kecuali untuk kenderaan dan kakitangan UNIFIL.

Pasukan kejuruteraan Tentera Lubnan sedang menjalankan pemeriksaan menyeluruh di kawasan yang baharu sahaja dikosongkan seperti Shamaa dan Bayada. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading