Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KANAK-KANAK SETAHUN MAUT DITEMUKAN LEMAS DALAM BANJIR DI TUMPAT

DALAM NEGARA

KANAK-KANAK SETAHUN MAUT DITEMUKAN LEMAS DALAM BANJIR DI TUMPAT

Mangsa bersama ibunya tinggal di tingkat atas rumah dua tingkat, yang kawasannya dilanda banjir.

Gambar ARKIB. Sumber: BERNAMA

PASIR MAS: Seorang kanak-kanak lelaki berusia setahun ditemukan lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam air di sebuah rumah di Kampung Cherang Melintang, Tumpat, pada Khamis.

Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata mangsa bersama ibunya tinggal di tingkat atas rumah dua tingkat, yang kawasannya dilanda banjir.

Beliau berkata kejadian yang berlaku pada 11.30 malam itu hanya disedari ibu selepas anaknya didapati tidak tidur di sisinya dan selepas mencari ditemukan mangsa terapung di tingkat bawah rumah.

“Ibu mangsa mendapati meja sofa yang digunakan untuk menghadang tangga ke tingkat bawah telah terusik. 

“Ibu mangsa kemudian memanggil suaminya sebelum dibantu jiran untuk membawa keluar anaknya itu menggunakan perahu ke Jambatan Kubang Panjang, seterusnya dibawa ke Hospital Tumpat dan disahkan meninggal dunia,” katanya dalam sidang media di Pusat Kawalan Operasi Bencana di Balai Polis Repek, di sini, hari ini.

Mohd Yusoff berkata keluarga mangsa sebelum ini sudah diarah untuk berpindah namun tidak mahu berbuat demikian.

Bayi berkenaan merupakan korban ketiga mangsa banjir di Kelantan, selain seorang lelaki berusia 35 tahun terkena renjatan elektrik dan seorang lelaki berusia 64 tahun di percayai lemas di Machang.

Dalam pada itu, beliau berkata meskipun ramalan cuaca mengatakan hujan akan reda hari ini atau esok, namun perlu diingat air akan turun ke hilir yang akan memberi kesan kepada kawsan Tumpat dan Pasir Mas.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading