Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KAPAL GREECE BERLAYAR DARI PULAU SYROS MENUJU GAZA

DUNIA

KAPAL GREECE BERLAYAR DARI PULAU SYROS MENUJU GAZA

Sebuah kapal layar Greece bernama “Oxygono” (Oxygen), yang menjadi sebahagian daripada Global Sumud Flotilla (GSF) iaitu konvoi antarabangsa yang berusaha memecahkan sekatan Israel ke atas Semenanjung Gaza dan menyalurkan bantuan kemanusiaan, berlepas dari pulau Syros pada Ahad.

Sumber Gambar: AFP

SYROS, Greece: Sebuah kapal layar Greece bernama “Oxygono” (Oxygen), yang menjadi sebahagian daripada Global Sumud Flotilla (GSF) iaitu konvoi antarabangsa yang berusaha memecahkan sekatan Israel ke atas Semenanjung Gaza dan menyalurkan bantuan kemanusiaan, berlepas dari pulau Syros pada Ahad, lapor Xinhua.

Misi itu bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai penderitaan rakyat Palestin dan membantu menamatkan konflik yang berlarutan hampir dua tahun, kata Vassilis Rogas, wartawan akhbar Greek Epochi (Era) yang juga anggota misi Greek.

Aktivis Greek daripada pelbagai peringkat umur dan profesion berlepas dari pelabuhan Ermoupolis untuk menyertai kira-kira 1,000 aktivis lain dari lebih 40 negara yang menaiki sekitar 60 kapal di perairan antarabangsa Mediterranean menuju ke Gaza, menurut penganjur GSF.

“Selepas kekejaman rejim Israel di Gaza, semakin ramai di seluruh dunia sedar bahawa kita mesti bangkit menyokong rakyat Palestin. 

“Namun, pengepungan dan pembunuhan di Gaza serta dasar aparteid di Tebing Barat masih berterusan. 

“Kami menyeru masyarakat antarabangsa supaya bersama-sama menunjukkan solidariti agar lebih banyak mobilisasi dan tekanan dapat dikenakan ke atas institusi, negara, pertubuhan antarabangsa dan juga Israel sendiri,” kata Rogas.

Kapal pertama Global Sumud Flotilla berlepas dari Barcelona, Sepanyol, pada 31 Ogos lalu. 

Dalam tempoh dua minggu kebelakangan ini, bot dari Tunisia, Libya dan Itali turut menyertai konvoi terbabit

Percubaan terdahulu berakhir tanpa kejayaan. 

Pada Jun tahun ini, tentera Israel memintas sebuah kapal yang membawa aktivis ketika cuba memecahkan sekatan Israel ke atas Gaza.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading