Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

SEORANG MAUT DALAM SERANGAN DRON ISRAEL DI SELATAN LUBNAN MESKI GENCATAN SENJATA

DUNIA

SEORANG MAUT DALAM SERANGAN DRON ISRAEL DI SELATAN LUBNAN MESKI GENCATAN SENJATA

Serangan dron Israel ke atas sebuah kereta di selatan Lubnan PADA malam Ahad mengorbankan seorang penduduk, lapor Anadolu Ajansi (AA) memetik media tempatan.

Sumber: AFP

ISTANBUL: Serangan dron Israel ke atas sebuah kereta di selatan Lubnan PADA malam Ahad mengorbankan seorang penduduk, lapor Anadolu Ajansi (AA) memetik media tempatan.

Agensi berita rasmi Lubnan, NNA melaporkan serangan itu menyasarkan sebuah kenderaan di antara kampung Toulin dan Burj Qalaouiyeh dalam daerah Bint Jbeil, wilayah Nabatieh.

Mangsa dikenal pasti sebagai penduduk tempatan Majdal Selm.

Serangan berlaku tidak lama selepas satu lagi serangan Israel yang merosakkan sebuah kereta yang membawa beberapa kanak-kanak di kawasan sama.

Gencatan senjata dicapai pada November 2024 selepas siri serangan rentas sempadan antara Hizbullah dan Israel sejak 8 Okt 2023 memuncak kepada perang besar-besaran Israel pada September 2024, yang meragut lebih 4,000 nyawa serta mencederakan sekitar 17,000 orang.

Di bawah perjanjian itu, Israel sepatutnya berundur sepenuhnya dari selatan Lubnan pada Januari lalu, namun hanya menarik sebahagian tenteranya dan masih mengekalkan kehadiran di lima pos sempadan.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading