ANWAR BAKAL SAMPAIKAN KENYATAAN NEGARA PADA SIDANG KEMUNCAK LUAR BIASA ARAB-ISLAM MALAM INI
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual menyampaikan kenyataan negara pada Sidang Kemuncak Luar Biasa Arab-Islam malam ini, dengan mengecam serangan udara terbaharu Israel di Doha yang menyasarkan kepimpinan Hamas serta menekankan penderitaan kemanusiaan berterusan di Gaza.
DOHA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual menyampaikan kenyataan negara pada Sidang Kemuncak Luar Biasa Arab-Islam malam ini, dengan mengecam serangan udara terbaharu Israel di Doha yang menyasarkan kepimpinan Hamas serta menekankan penderitaan kemanusiaan berterusan di Gaza.
Anwar dijangka berucap pada sidang kemuncak itu pada 6 petang waktu tempatan (11 malam waktu Malaysia).
Beliau akan menegaskan semula solidariti Malaysia yang tidak berbelah bahagi dengan Qatar serta komitmen teguh mempertahankan hak rakyat Palestin, selain mengecam kekejaman Israel.
Perdana Menteri menghadiri sidang kemuncak itu atas jemputan Emir Qatar Sheikh Tamim bin Hamad Al-Thani.
Anwar tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Hamad pada 9.30 malam semalam waktu tempatan (2.30 pagi waktu Malaysia, 15 Sept) dan menerima kawalan kehormatan daripada Pengawal Istiadat Amiri Qatar dan disambut Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan Qatar Sheikh Saoud bin Abdulrahman Al-Thani.
Sidang kemuncak itu akan dihadiri pemimpin dan wakil negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).
Antara pemimpin yang dijangka hadir ialah Presiden Iran Masoud Pezeshkian, Perdana Menteri Pakistan Shehbaz Sharif, Perdana Menteri Iraq Mohammad Shia al-Sudani dan Presiden Palestin Mahmoud Abbas.
Di sela-sela sidang kemuncak, Anwar juga dijadual mengadakan pertemuan dua hala dengan beberapa pemimpin negara Islam.
Mengiringi Perdana Menteri ialah Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan serta pegawai kanan Kementerian Luar Negeri.
Sidang Kemuncak Luar Biasa Arab-Islam dijangka mengeluarkan Kenyataan Bersama yang merangkumi tindakan kolektif serta pendirian bersama berhubung isu tersebut.
Sebelum sidang kemuncak berlangsung, diadakan Mesyuarat Peringkat Menteri pada 14 Sept.
Antara agenda utama ialah perkembangan terkini di Gaza dan Palestin, serta serangan udara Israel di Doha yang menyasarkan kepimpinan Hamas dan mengorbankan enam individu termasuk seorang pegawai keselamatan Qatar.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.