Menyemarakkan kasih sayang dan hidup dalam suasana harmoni antara rakyat berbilang agama dan kaum di negara ini antara mesej utama penganjuran Karnival Rahmah 2019 bermula esok hingga 29 September ini.
Program
yang julung-julung kali diadakan itu dimulakan dengan Forum Perdana Hal Ehwal
Islam jam 9 malam diikuti acara penuh karnival bermula Jumaat ini.
Meskipun
dianjurkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Jabatan
Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk
Seri Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, acara karnival di Dataran Putrajaya itu menyasarkan
kehadiran pelbagai lapisan masyarakat.
Katanya,
mesej kasih sayang dan hidup dalam keharmonian itu penting kerana Islam
sentiasa menganjurkan umatnya untuk berkasih sayang bukan sahaja terhadap saudara
seagama tetapi kepada seluruh insan.
“Kita mensasarkan pengunjung yang ramai daripada berbilang kaum dan agama. Karnival ini menyediakan pelbagai program mempunyai mesejnya tersendiri yang mensasarkan mesej kasih sayang, persaudaraan dan mesej-mesej seperti hidup dalam suasana yang harmoni dan sebagainya.
“Setiap gerai pameran mempunyai enam nilai utama RAHMAH iaitu R untuk Ramah, Aman, Harmoni, Mesra, Alami dan Hormat. Setiap gerai ada nilai tersendiri yang akan diterjemah dan ia sarat dengan mesej. Ini keistimewaan karnival ini.
“Dalam suasana hari ini yang penuh dengan pelbagai isu perkauman yang menjurus kepada kebencian dan sebagainya, diharapkan karnival ini boleh membawa mesej kedamaian, aman, keharmonian yang sangat diperlukan pada hari ini,” kata Mujahid yang bertanggungjawab dalam hal ehwal agama di negara ini.
Karnival
Rahmah 2019 berkonsepkan edutainment denganpelbagai program menarik yang mempunyai mesej
tersendiri antaranya Karnival Kanak-kanak yang bermula Jumaat ini, program
pencarian bilal (Jumaat), Maidatul Quran- acara yang menyajikan pelbagai bacaan
ayat suci al-Quran, Halal Fun Run (Sabtu) bermula 6.30 pagi, pesta buah-buahan
(Sabtu), Jamuan Rahmah (Sabtu) yang menyajikan makanan kepada pengunjung secara
percuma bermula jam 5 petang, Konsert Rahmah mula jam 9 malam dan Eco Alami
Ride (Ahad) yang bermula jam 7 pagi dan pertunjukan paragliding (Sabtu dan
Ahad) bermula 4.30 petang.
Mereka
yang hadir juga berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah menarik sepanjang
karnival itu antaranya pakej umrah dan motosikal Yamaha 15ZR dengan mengumpulkan
cop di gerai-gerai ditetapkan.
Reruai
(booth) agensi-agensi hal ehwal Islam juga turut disediakan dengan menyediakan
pelbagai perkhidmatan kepada orang ramai. Sebarang maklumat lanjut boleh dibuat
dengan melayari Facebook Karnival Rahmah 2019 atau Instagram KarnivalRahmah2019.
– AlHijrah Online
Penulis adalah Setiausaha Akhbar Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked