Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

EVAKUASI JEREBU: 47 PELAJAR DARI PEKANBARU SELAMAT TIBA DI KLIA2

DALAM NEGARA

EVAKUASI JEREBU: 47 PELAJAR DARI PEKANBARU SELAMAT TIBA DI KLIA2

PUTRAJAYA: Kumpulan pertama 47 pelajar Malaysia yang dievakuasi dari Provinsi Riau selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) di Sepang, tengah hari tadi.

Ketibaan pelajar terbabit dari Pekanbaru, Indonesia, disambut Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik dan Timbalan Menteri Luar, Datuk Marzuki Yahya.

Wisma Putra dalam kenyataan di sini berkata kumpulan kedua 31 pelajar Malaysia dijangka tiba jam 6.10 petang ini.

“Kementerian Luar Negeri dengan kementerian/agensi berkaitan sedang menguruskan pemindahan 35 pelajar dari Pekanbaru ke Jakarta untuk ditempatkan sementara di Malaysia Hall, Jakarta.

“Pemindahan pelajar tersebut dibantu perwakilan-perwakilan diplomatik Malaysia di Indonesia iaitu Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta dan Konsulat Malaysia di Pekanbaru bersama wakil-wakil agensi di kedua-dua perwakilan itu,” kata kenyataan itu.

Wisma Putra berkata mengikut perancangan evakuasi itu, setakat ini seramai 113 pelajar dipindahkan dari Provinsi Riau.

Semalam, Kerajaan Malaysia membuat keputusan melakukan proses evakuasi pelajar Malaysia dari kawasan terjejas bencana jerebu di Provinsi Riau dan Jambi, Indonesia, dengan anggaran keseluruhan 300 pelajar terbabit. – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading