Zuraida Kamaruddin (tengah) dan Raja Kamarul Bahrin Shah (dua dari kanan) dan Mohammad Mentek (empat dari kiri) bersama peserta persidangan ketika Pelancaran Rangka Kerja Bandar Pintar Malaysia di Kuala Lumpur baru-baru ini. – FOTO SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
KUALA LUMPUR – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT)
mengorak langkah baharu dalam usaha membangunkan negara dengan
melancarkan buku Rangka Kerja Bandar Pintar Malaysia di sini semalam.
Menterinya, Zuraida Kamaruddin berkata, semua pihak berkuasa tempatan
(PBT) di bawah kelolaan KPKT terutamanya di kawasan bandar boleh
menggunakan buku itu sebagai panduan untuk membangunkan kawasan
masing-masing.
“Saya amat berharap lebih banyak PBT akan ambil langkah lebih progresif dalam meningkatkan perhubungan, komunikasi dan keberkesanan infrastruktur untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan mereka.
“KPKT sangat komited dalam memastikan kerajaan tempatan turut mengambil bahagian dalam membangunkan negara dan memajukan kawasan mereka juga,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran
Buku Rangka Kerja Bandar Pintar Malaysia yang turut dihadiri Timbalan
Menteri KPKT, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad dan Ketua
Setiausaha Kementerian, Datuk Seri Mohammad Mentek di sini baru-baru
ini.
Bandar Pintar merupakan sebuah bandar yang menggunakan teknologi terkini dan digital dalam usaha menangani masalah lazim di bandar-bandar antaranya seperti kesesakan lalu lintas, pencemaran, ancaman keselamatan penduduk dan bencana alam.
Konsep tersebut dibawa ke negara ini untuk meningkatkan kualiti hidup
masyarakat bandar dan buat masa ini, lima lokasi menjadi projek pilot
iaitu Kulim, Kuala Lumpur, Johor Bahru, Kota Kinabalu dan Kuching.
Sementara itu, Mohammad berkata, kementerian menghasilkan buku
tersebut bagi memberi panduan untuk PBT menyelesaikan masalah
infrastruktur yang berlaku di kawasannya.
“Sebagai permulaan, kita telah kenal pasti lima PBT yang boleh dijadikan sebagai projek pilot dengan inisiatif masing-masing. Contohnya Kuching, mereka akan laksanakan sistem lampu isyarat pintar.
“Ia bagi mengelakkan kesesakan dan ada juga fungsi lain. Kita ambil
contoh negara maju, mereka ada sistem jauh lebih baik daripada kita yang
boleh dicontohi,” katanya.
Mohammad berkata, dengan perkembangan terbaru itu, beliau berharap
KPKT dapat memperluaskan lagi projek tersebut dengan inisiatif dan
inovasi berbeza dapat dilaksanakan di bandar-bandar berlainan.
“Kita harap pada satu masa nanti semua bandar-bandar di Malaysia akan menjadi Bandar Pintar,” katanya.
Beliau berkata, selain mengoptimumkan penggunaan teknologi, Bandar
Pintar Malaysia juga tidak lupa untuk menekankan aspek penjagaan alam
sekitar.
“Sebagai contoh, bagaimana untuk mengoptimumkan rangka kerja Bandar
Pintar di mana ada sistem yang dibangunkan untuk meningkatkan kualiti
dari segi kutipan sampah.
“Kita dapat lihat adanya penyelesaian berdasarkan daripada sistem
berkenaan. Ini antara contoh-contoh bagaimana teknologi Bandar Pintar
mampu memudahkan hidup masyarakat,” katanya.
Menurutnya, Bandar Pintar Malaysia juga merangkumi tujuh komponen
utama iaitu Ekonomi Pintar, Kehidupan Pintar, Persekitaran Pintar,
Masyarakat Pintar, Kerajaan Pintar, Pengangkutan Pintar dan
Infrastruktur Digital Pintar.
Persidangan Antarabangsa Cities 4.0 peringkat antarabangsa mengenai
Bandar Pintar yang dianjurkan secara bersama antara KPKT, Confexhub
Group dan Human Life Advancement Foundation (HLAF) turut berlangsung
selama dua hari di Hotel Istana, Kuala Lumpur.
Bertemakan Unlocking Functional And Sustainable Cities For All, persidangan itu mengumpulkan pihak berkepentingan dan pemegang taruh termasuk daripada agensi kerajaan, kerajaan negeri, PBT, pihak industri swasta, akademia dan pakar teknologi Bandar Pintar dari dalam dan luar negara. – SINAR HARIAN
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.