KARTEL MAKANAN AYAM: PENGKHIANATAN TERTINGGI, SUKARKAN KAWALAN HARGA
Tindakan lima syarikat pengisar makanan ayam yang membentuk kartel penetapan harga ayam merupakan perbuatan pengkhianatan peringkat paling tinggi kepada negara dan undang-undang persaingan.
KUANTAN: Tindakan lima syarikat pengisar makanan ayam yang membentuk kartel penetapan harga ayam merupakan perbuatan pengkhianatan peringkat paling tinggi kepada negara dan undang-undang persaingan.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Fuziah Salleh berkata tindakan syarikat berkenaan menyebabkan harga ayam sukar dikawal selain kerajaan telah mengeluarkan subsidi besar bagi menampung subsidi ayam di peringkat pengeluaran.
“Kerajaan telah mengeluarkan subsidi berjumlah RM3.8 bilion bagi menampung kos ayam dan telur dari Februari 2022 hingga November lepas dan 72.8 peratus kos pengeluaran ayam adalah kos harga makanan.
“Bila berlaku kartel untuk mengawal harga makanan ayam, sukar untuk kita mengawal harga ayam pada kadar ditetapkan RM9.40 sekilogram. Pengusaha (ayam) sukar mendapatkan harga makanan lebih murah kerana lima syarikat ini terlibat dalam 40 peratus pengeluaran makanan ayam.
“Itu yang menyebabkan kita menerima banyak aduan kerana ada peniaga yang mengambil upah potong memandangkan harga ayam yang dibekalkan tidak boleh membuat keuntungan,” katanya pada sidang media selepas meninjau pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Krismas 2023 di sebuah pasar raya di sini hari ini.
Turut hadir Ketua Pengarah Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Datuk Azman Adam.
Tindakan kartel itu, menurut Fuziah secara tidak langsung ‘mengaut keuntungan’ daripada rakyat kerana dapatan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menunjukkan rakyat Malaysia mengambil sekitar 48 kilogram daging ayam setahun.
Beliau juga optimis harga barangan boleh dikawal jika aktiviti kartel dapat dibanteras dan Kerajaan Perpaduan komited untuk menghentikan amalan itu menerusi peruntukan RM10 juta kepada Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) dalam Belanjawan 2024.
Semalam, media melaporkan MyCC mengenakan penaliti berjumlah RM415.5 juta kepada syarikat terbabit kerana didapati melanggar Seksyen 4 Akta Persaingan 2010 (Akta 712) melalui pembentukan kartel itu.
Syarikat itu ialah Leong Hup Feedmill (M) Sdn Bhd (Leong Hup), FFM Berhad (FFM), Gold Coin Feedmills (M) Sdn Bhd (Gold Coin), Dindings Poultry Development Centre Sdn Bhd (Dindings) dan PK Agro-Industrial Products (M) Sdn Bhd (PK Agro).
Siasatan MyCC dari Januari 2020 hingga Mac 2022 mendedahkan bukti kenaikan kuantum harga makanan ayam yang serupa antara perusahaan-perusahaan terbabit antara Januari 2020 hingga Jun 2022 selain mendapati lima perusahaan itu menggunakan strategi dengan menyatakan kenaikan kos makanan ayam disebabkan peningkatan perbelanjaan bahan mentah.
Sementara itu, mengulas mengenai SHMMP, Fuziah berkata aduan paling banyak diterima menerusi pelaksanaan skim bagi perayaan yang telah berlangsung ialah pada sambutan Tahun Baharu Cina dengan 116 kes, Aidilfitri (60 kes), Pesta Gawai (18 kes), Deepavali (lima kes) dan satu kes bagi Pesta Keaamatan.
Kesalahan paling banyak, kata Fuziah ialah kegagalan meletakkan tanda harga berwarna merah jambu bagi barangan harga terkawal.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked