Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

Kebakaran di Gelang Patah berjaya dikawal

DALAM NEGARA

Kebakaran di Gelang Patah berjaya dikawal

Anggota bomba ketika sedang bertugas memadam kebakaran di Kampung Pekajang semalam.

JOHOR BHARU – 70 peratus daripada keseluruhan kawasan hutan dan tanah pertanian yang terbakar di Gelang Patah berjaya dipadamkam setelah masuk hari ke-tujuh.

Keadaan setakat ini dilapor terkawal, walaupun kawasan kebakaran terletak kira-kira 50 meter dari Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Adang dan 300 meter dari kawasan penempatan penduduk.

Bagaimanapun, Sekolah Kebangsaan Tanjung Adang dan Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Adang yang diarah tutup dua hari bermula hari ini akan beroperasi semula jika keadaan mengizinkan.

Tan Chen Choon

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar, Tan Chen Choon berkata, kerajaan negeri memantau rapi perkembangan proses pemadaman kebakaran kawasan hutan di Kampung Pekajang berikutan keadaan agak kritikal semalam.

Indeks Pencemaran Udara (IPU) kawasan berkenaan semalam dan hari ini pula merekodkan bacaan 81 berbanding 63 kelmarin.

Sementara itu, seramai 140 anggota bomba diarah mempertingkatkan proses pemadaman kebakaran di 4.9-8 hektar kawasan yang masih terbakar.

Parit sejauh tiga kilometer juga sudah digali dan diisi air mengelilingi kawasan hutan terbakar bagi mengelakkan api merebak ke kawasan lain.


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading