Sebelum ini, RMT telah diperkenalkan bermula tahun 1979 bertujuan memberi makanan tambahan kepada murid-murid sekolah rendah, terutamanya dari luar bandar dan golongan berpendapatan rendah bagi memperbaiki keadaan kesihatan, fizikal dan amalan pemakanan. GAMBAR HIASAN
KUALA LUMPUR – Program Sarapan Percuma (PSP) yang bakal dilaksanakan
mulai tahun depan masih diteliti dari segi kosnya dan menu sarapan yang sesuai.
Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik berkata, menu PSP itu akan dikaji
dengan mendapatkan pandangan pakar pemakanan daripada beberapa kementerian
berkaitan dan universiti tempatan.
Satu jawatankuasa khas juga akan ditubuhkan bagi membincangkan secara
terperinci peruntukan yang bakal digunakan untuk melaksanakan program itu.
Proses penentuan menu PSP pula dibincangkan dengan Kementerian Kesihatan,
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani serta pakar pemakanan beberapa
universiti tempatan bagi menjamin kualiti sarapan yang disediakan.
Beliau berkata demikian menerusi hantaran status dalam akaun Facebook mengenai
soalan lazim (FAQ) berkaitan PSP yang turut dirangkaikan dalam akaun Twitter
beliau.
Tambah Dr. Maszlee, PSP tidak akan membabitkan murid prasekolah dan
sekolah menengah tetapi sajian makanan untuk murid prasekolah akan membabitkan
tatacara perolehan berlainan.
Katanya, PSP akan menggunakan kaedah pengurusan Rancangan Makanan Tambahan
(RMT) sedia ada dan sarapan berkenaan akan disediakan pengendali kantin sekolah,
manakala cadangan waktu pelaksanaannya adalah selama 30 minit, iaitu di antara
jam 7 hingga 8.30 pagi bagi sekolah sesi pagi dan di antara jam 12 tengah hari
hingga 4 petang bagi sekolah sesi petang.
RMT yang diperkenalkan bermula tahun 1979 telah dikelola, diselia dan dilaksanakan sepenuhnya oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dengan tujuan memberi makanan tambahan kepada murid-murid sekolah rendah, terutamanya dari luar bandar dan golongan berpendapatan rendah bagi memperbaiki keadaan kesihatan, fizikal dan amalan pemakanan.
Semalam, Dr. Maszlee mengumumkan seramai kira-kira 2.7 juta murid sekolah rendah kerajaan dan bantuan kerajaan akan mendapat sajian sarapan berkhasiat secara percuma bermula sesi persekolahan tahun 2020.
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked