Tag Archives: Dr. Maszlee Malik

90 PERATUS SEKOLAH DAIF DI SELURUH NEGARA TELAH DIBAIK PULIH

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berjaya menyiapkan 90 peratus daripada keseluruhan 534 projek baik pulih sekolah daif di seluruh negara pada tahun ini, kata Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik. Beliau berkata sebanyak 452 projek dicatatkan siap setakat hari ini dan dijangka terus meningkat menjelang penghujung tahun ini. “Kita menyasarkan sifar sekolah daif agar semua guru, semua anak murid akan

Read more

Kos dan menu PSP masih diteliti

KUALA LUMPUR – Program Sarapan Percuma (PSP) yang bakal dilaksanakan mulai tahun depan masih diteliti dari segi kosnya dan menu sarapan yang sesuai. Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik berkata, menu PSP itu akan dikaji dengan mendapatkan pandangan pakar pemakanan daripada beberapa kementerian berkaitan dan universiti tempatan. Satu jawatankuasa khas juga akan ditubuhkan bagi membincangkan secara terperinci peruntukan yang bakal digunakan

Read more

Tun M pertahan Maszlee

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mempertahankan Dr Maszlee Malik sebagai Menteri Pendidikan dan tidak akan menggantikannya dengan menteri yang baharu. Dr Mahathir menurut laporan Sinar TV berkata, beliau tidak nampak sebarang masalah yang ditimbulkan Maszlee sepanjang memegang portfolio itu. Meskipun bercakap soal kaum, namun tidak bermakna beliau seorang rasis. Sebelum ini beberapa petisyen dibuat

Read more

Kerajaan tambah 40,000 tempat untuk pelajar selesai isu kuota matrikulasi

KUALA LUMPUR – Kabinet bersetuju menambah bilangan kemasukan pelajar ke Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan kepada 40,000 tempat, berbanding 25,000 sebelum ini. Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik dilaporkan oleh Sinar Harian berkata, usaha itu bagi memastikan pelajar cemerlang terus mendapat peluang terbaik bagi melanjutkan pendidikan ke peringkat lebih tinggi. “Jemaah Menteri bersetuju menambah bilangan kemasukan pelajar ke Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan

Read more

Bawa dasar, hala tuju pendidikan Malaysia

PARIS – Malaysia akan menunjukkan keupayaan negara untuk melaksanakan transformasi sistem pendidikan, selari dengan aspirasi Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO). Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berkata, beberapa bidang dalam sistem pendidikan Malaysia yang kini sedang melalui proses pembaharuan selari dengan 17 Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) UNESCO dan Rancangan Malaysia ke-11 menerusi Peningkatan Pertumbuhan Rakyat. Jelasnya, usaha

Read more

DBP, Indonesia kongsi kepakaran pengembangan bahasa Melayu

SHAH ALAM – Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan menjalin kerjasama dengan Perpustakaan Nasional Indonesia (Perpusnas) dan Komite Buku Nasional Indonesia (KBNI) untuk berkongsi kepakaran dalam pelbagai bidang penyelidikan, penerbitan dan pengembangan bahasa Melayu. Ketua Pengarah DBP, Datuk Abang Sallehudin Abang Shokeran berkata, perkara itu telah dicapai semasa kunjungan rasmi ke Perpusnas dan KBNI pada 22 Februari lalu. Menurut beliau,

Read more