Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

Tun M pertahan Maszlee

DALAM NEGARA

Tun M pertahan Maszlee

Dr Maszlee Malik

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mempertahankan Dr Maszlee Malik sebagai Menteri Pendidikan dan tidak akan menggantikannya dengan menteri yang baharu.

Dr Mahathir menurut laporan Sinar TV berkata, beliau tidak nampak sebarang masalah yang ditimbulkan Maszlee sepanjang memegang portfolio itu.

Meskipun bercakap soal kaum, namun tidak bermakna beliau seorang rasis.

Sebelum ini beberapa petisyen dibuat bagi mendesak agar Maszlee meletakkan jawatan sebagai Menteri Pendidikan setelah beliau mempertahankan keputusan Jemaah Menteri berkaitan kuota sistem matrikulasi.

Maszlee dikatakan mengeluarkan kenyataan mengaitkan isu kuota matrikulasi dengan kehendak majikan yang mengutamakan calon fasih bahasa Mandarin di hadapan penuntut Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang.


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading