PARIS – Malaysia akan menunjukkan keupayaan negara untuk melaksanakan transformasi sistem pendidikan, selari dengan aspirasi Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).
Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berkata, beberapa bidang dalam sistem pendidikan Malaysia yang kini sedang melalui proses pembaharuan selari dengan 17 Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) UNESCO dan Rancangan Malaysia ke-11 menerusi Peningkatan Pertumbuhan Rakyat.
Jelasnya, usaha untuk memanusiakan pendidikan di Malaysia termasuk mengutamakan pembangunan Kemahiran Pembelajaran Abad ke-21 iaitu komunikasi, kolaborasi, kreativiti, pemikiran kritikal, nilai dan etika dalam kalangan murid.
Persidangan sesi ke-206, Lembaga Eksekutif UNESCO di Paris, baru-baru ini.
Selain itu katanya, kementerian berhasrat menilai semua sistem penilaian Malaysia, bermula dengan peperiksaan sumatif pada peringkat rendah kepada peperiksaan formatif, penilaian berasaskan sekolah.
“Malaysia
juga berjaya menggunakan teknologi untuk menyelesaikan cabaran dalam
pendidikan. Kementerian Pendidikan menggunakan Kecerdasan Buatan (AI)
dan analisis ramalan untuk mengenal pasti kumpulan berisiko tinggi.
“Contohnya keciciran, golongan muda yang menganggur dan gadis yang
dalam risiko untuk melaksanakan intervensi bersasar,” katanya selepas
mewakili Malaysia dalam sesi ke-206, Lembaga Eksekutif UNESCO di Paris,
baru-baru ini.
Ketidakhadiran beliau pada Sidang Dewan Rakyat kerana
menyertai persidangan UNESCO pada 9 April lalu, yang bertujuan
menerangkan kepada semua Ahli Lembaga Eksekutif UNESCO mengenai dasar
dan hala tuju pendidikan negara Malaysia.
Sementara itu, dalam sesi berkenaan Maszlee berkata, beliau juga menunjukkan bagaimana teknologi digunakan untuk memantapkan satu aspek penting dalam pentadbiran, membaca, budaya dan warisan, dengan memudah cara kerjasama antara Arkib Nasional dengan universiti untuk mendigitalkan manuskrip klasik dari seluruh dunia.
“Saya menggesa semua negara untuk tidak mengabaikan asas pendidikan terutama dalam memacu agenda kesamarataan,” katanya. Tegasnya, selari dengan SDG4, pihak kementerian tidak akan mengabaikan sesiapa pun untuk mendapat akses pendidikan.
“Sekolah kami dibuka kepada murid tanpa dokumen dan murid berkeperluan khas menerusi Polisi Zero Reject kami.
“Kami juga menyediakan laluan khas bagi golongan miskin, masyarakat peribumi dan golongan berkeperluan khas untuk memasuki universiti kami.
Kita berhadapan tugas berat, tetapi saya yakin segalanya mungkin jika kita berani untuk bermimpi,” katanya. – SINAR HARIAN
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked