Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada sidang media berkaitan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Bangunan Perdana Putra hari ini. – Foto Bernama
PUTRAJAYA – Komitmen kewangan Malaysia membabitkan jumlah kemudahan pinjaman Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), akan berkurangan secara ketara susulan pemeteraian Perjanjian Tambahan (SA) berkaitan, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
Jelas Perdana Menteri, kadar faedah pinjaman itu juga akan berkurangan berikutan angka kos pembinaan yang kini berjumlah RM44 bilion iaitu pengurangan RM21.5 bilion daripada kos awal sebanyak RM65.5 bilion.
“ECRL (kini) akan menelan kos RM68.7 juta bagi setiap kilometer berbanding RM95.5 juta setiap kilometer di bawah perjanjian asal. Menerusi penambahbaikan kos ECRL pada RM44 bilion, jumlah pinjaman dari China-EXIM Bank juga akan berkurangan secara ketara.
“Jumlah sebenar yang dikurangkan itu masih lagi dibincangkan dengan pihak China-EXIM Bank. Kita menjangkakan (perbincangan itu) akan membawa kepada penyusutan beban kewangan bagi pihak kerajaan dari segi pembayaran semula pinjaman prinsipal, jumlah kadar faedah kos serta bayaran fi lain,” kata beliau pada sidang media mengenai projek ECRL itu di sini, hari ini.
Pada 12 April lepas, Malaysia Rail Link Sdn
Bhd (MRL) dengan China Communications Construction Company Ltd (CCCC)
memeterai SA yang membolehkan projek ECRL yang ditangguhkan, disambung
semula.
ECRL yang diluluskan oleh kerajaan Barisan Nasional sebelum ini, ditangguhkan pada tahun lepas oleh kerajaan Pakatan Harapan berikutan membabitkan kos yang terlalu tinggi.
Mengulas selanjutnya, Perdana Menteri berkata, mengikut perjanjian asal projek itu menelan kos kira-kira RM66.7 bilion.
Malah, kata Dr Mahathir, jumlah pinjaman daripada China-EXIM Bank yang merupakan 85 peratus daripada kos projek itu sepatutnya mencecah RM56.7 bilion.
“Di bawah kerajaan sebelum ini, jumlah semasa yang ditandatangani
dengan China-EXIM Bank adalah RM39.1 bilion hanya untuk Fasa 1 sahaja.
“Mujurlah baki RM17.6 bilion bagi Fasa 2 dan sambungan jajaran ke utara, belum sempat ditandatangani,” kata beliau.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MRL, Datuk Seri Darwis Abdul Razak berkata rundingan mengenai kadar faedah dengan pihak China-EXIM Bank masih dijalankan.
Pada masa ini, katanya, 85 peratus daripada projek ECRL itu akan dibiayai menerusi pinjaman mudah China-EXIM Bank berkadar faedah 3.25 peratus dengan bakinya menerusi pembiayaan tempatan.
“Kita masih membincangkan terma lainnya, seperti tempoh moratorium terbabit. Ini berikutan (tarikh siap) pembinaan telah berganjak dari 2024 kepada 2026 dan ini sudah pasti ini turut melibatkan pemberian tempoh moratorium.
“Adalah diharapkan pihak China-EXIM akan ke sini pada minggu depan bagi membincangkan perkara (kadar faedah itu),” katanya. – SINAR HARIAN
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked