Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Datuk Abang Sallehudin Abang Shokeran.
SHAH ALAM – Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan menjalin kerjasama
dengan Perpustakaan Nasional Indonesia (Perpusnas) dan Komite Buku
Nasional Indonesia (KBNI) untuk berkongsi kepakaran dalam pelbagai
bidang penyelidikan, penerbitan dan pengembangan bahasa Melayu.
Ketua Pengarah DBP, Datuk Abang Sallehudin Abang Shokeran berkata,
perkara itu telah dicapai semasa kunjungan rasmi ke Perpusnas dan KBNI
pada 22 Februari lalu.
Menurut beliau, jalinan kerjasama itu
dibentuk susulan lawatan kerja Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik ke
Jakarta dan pertemuan beliau dengan Menteri Agama dan Menteri Pendidikan
dan Kebudayaan Indonesia bagi menjalinkan kerjasama kedua-dua negara
dalam bidang pendidikan bulan lalu.
“Kini telah disusuli dengan pertemuan DBP, Perpustakaan Nasional
Indonesia dan Komite Buku Nasional Indonesia (KBNI),” kata beliau kepada
Sinar Harian.
Katanya, buat masa ini DBP juga menjalankan kajian
ke atas manuskrip Melayu dan sekiranya ada mana-mana pustakawan atau
penyelidik dari Perpusnas yang ingin menjalankan penyelidikan, DBP akan
memberikan insentif ke atas usaha tersebut.
“Kami berharap jalinan kerjasama terutama dalam bidang kajian manuskrip Melayu ini direalisasikan,” kata beliau.
Kata
beliau, perbincangan jalinan kerjasama telah diadakan bersama Ketua
Setiausaha Perpusnas, Sri Sumekar dan Ketua Pusat Jasa dan Informasi,
Yahyono serta Ketua Bidang Transformasi Digital, Moh. Kodir.
Tambah
beliau, Sri Sumekar ada memberitahu yang pihaknya akan memaklumkan
hasrat DBP kepada Ketua Perpusnas dan akan menyediakan memorandum
persefahaman untuk dimeterai oleh kedua-dua pihak.
Hadir sama dalam pertemuan itu, Pengarah Education Malaysia (EM) di Indonesia, Prof. Madya Dr. Mior Harris Mior Harun.
Menurut
Abang Sallehudin, DBP turut berhasrat mengadakan kerjasama dengan
Perpusnas dalam aspek kajian dan pertukaran koleksi, penerbitan, alih
bahasa, dan pertukaran pegawai bagi tujuan menjalani latihan ikhtisas
dan perkongsian kepakaran.
Beliau berkata, DBP tertarik dengan
cara Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) yang menghantar pegawai ke
Indonesia untuk mempelajari bidang permuliharaan bahan-bahan penerbitan
pada setiap tahun.
DBP yakin kerjasama yang dijalin akan
memberikan manfaat kepada DBP dan Perpusnas dalam usaha melestarikan
khazanah warisan serumpun.
Perpusnas memiliki tidak kurang 11,800 naskhah lama tentang kepelbagaian masyarakat, antaranya Bugis, Sunda, Jawa dan Makassar.
Sebahagian besar koleksi ini telah melalui proses pendigitalan agar mudah dibaca dan dikaji oleh para pengkaji dan masyarakat.
Menurut
Abang Sallehudin lagi, DBP juga akan menjalin kerjasama dengan KBNI
untuk mengadakan program pertukaran pegawai bagi meningkatkan pengalaman
dan pendedahan bagi kedua-dua pihak dan turut mengundang pihak KBNI ke
Malaysia untuk sesi perkongsian pengalaman.
“Kedua-dua pihak juga bersetuju mengadakan memorandum persefahaman dalam bidang pemasaran buku, dan berkolaborasi dalam Pesta Buku Antarabangsa Frankfurt di Jerman untuk mempromosikan pelbagai warisan Malaysia-Indonesia yang mempunyai nilai komersial ke peringkat antarabangsa,” kata beliau. – SINAR ONLINE
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked