KEMAS KINI MYSEJAHTERA UNTUK CIRI-CIRI BAHARU

KUALA LUMPUR: Pengguna MySejahtera kini boleh mula mengemaskini aplikasi dan menikmati ciri-ciri baharu yang diperkenalkan dengan tujuan memudahkan paparan status kesihatan.

Ciri baharu itu akan memaparkan status vaksinasi, risiko COVID-19 dan lokasi akhir daftar masuk pada muka hadapan.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin semalam berkata penambahbaikan itu bagi memudahkan orang ramai memaparkan tahap risiko dan status vaksinasi masing-masing.

“Ini akan memudahkan kehidupan rakyat di tengah-tengah penularan pancemik COVID. Kami akan terus mengemas kini dan menambah baik aplikasi itu dalam minggu-minggu berikutnya,” katanya.

Selain itu ciri baharu yang turut diperkenalkan ialah butang daftar keluar bagi menambah baik proses pengesanan kontak.

“Sebaik saja meninggalkan satu tempat, perlu sentiasa ingat untuk daftar keluar. Anda hanya perlu menekan satu butang, tiada imbasan diperlukan,” katanya. – AlHijrah Online

Leave a Reply