MUHYIDDIN YASSIN DILANTIK SEBAGAI PENGERUSI MAJLIS PEMULIHAN NEGARA

PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara bertaraf Menteri.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata, perkara tersebut telah dipersetujui Jemaah Menteri dalam mesyuarat pada 1 September lalu.

“Pelantikan dibuat atas dasar keyakinan kerajaan terhadap kemampuan Muhyiddin bagi menerajui strategi pemulihan negara, demi mencapai impak ekonomi terbaik dan memulihkan semula kehidupan rakyat yang terjejas teruk akibat pandemik COVID-19,” menurut Mohd Zuki dalam kenyataanya, hari ini.

Pelantikan tersebut juga telah disembah maklum kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.–AlHijrah Online

Leave a Reply