Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

MERCY SERAH HOSPITAL MEDAN DI HOSPITAL KULAI

DALAM NEGARA

MERCY SERAH HOSPITAL MEDAN DI HOSPITAL KULAI

KUALA LUMPUR: MERCY Malaysia pada Jumaat menyerahkan hospital medan dibangunkan organisasi kemanusiaan itu kepada Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim di Kulai, Johor.

Hospital medan yang bertujuan meningkatkan kapasiti hospital awam menangani gelombang COVID-19 itu adalah keempat dibangunkan MERCY Malaysia selepas Hospital Medan Labuan, Hospital Medan Klang dan Hospital Medan bagi Hospital Melaka.

Exco MERCY Malaysia Norazam Ab Samah berkata penyerahan hospital medan di Kulai adalah sebagai ‘step-down’ unit dan penambahan pesakit di Jabatan Trauma dan Kecemasan hospital terbabit.

Katanya, hospital medan itu mempunyai kapasiti 60 katil untuk pesakit COVID-19.

“Objektif utama peningkatan kapasiti di hospital terutama Jabatan Kecemasan dan wad-wad COVID-19 bagi menampung kebanjiran pesakit COVID-19 seluruh negara,” katanya kepada AlHijrah Online di sini hari ini.

Hospital medan tersebut diserahterima kepada Pengarah Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim , Dr Noor Raudah Abd Rahman. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading