Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

GURU KAFA BELUM VAKSIN MUNGKIN TIDAK DIBENAR MENGAJAR SECARA BERSEMUKA

DALAM NEGARA

GURU KAFA BELUM VAKSIN MUNGKIN TIDAK DIBENAR MENGAJAR SECARA BERSEMUKA

TAIPING: Guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) yang enggan atau belum menerima vaksin COVID-19 mungkin tidak akan dibenarkan mengajar secara bersemuka pada sesi persekolahan yang akan dibuka awal bulan depan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Idris Ahmad berkata, cadangan itu bagi memastikan keselamatan murid dan warga sekolah.

“Guru orang paling dekat dengan murid, saya nasihatkan guru KAFA supaya mereka ambil vaksin.

“Setakat hari ini jumlah mereka yang meninggal dunia akibat COVID-19 lagi tinggi berbanding akibat vaksin,” katanya kepada media selepas menghadiri Majlis Penyampaian Bantuan Musa’adah Banjir Mukim Bukit Gantang di Dewan Orang Ramai Matang, Taiping hari ini.

Jumaat lalu Menteri Kanan (Pendidikan) Datuk Dr Radzi Jidin menetapkan guru yang enggan atau masih belum menerima suntikan vaksin COVID-19 tidak dibenarkan terbabit dalam sesi pengajaran di dalam kelas atau berinteraksi secara bersemuka dengan pelajar.

Keputusan itu dibuat bagi memastikan sesi persekolahan yang akan dibuka kelak selamat bagi pelajar, guru, dan pihak pengurusan sekolah. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading