Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

ISU TAHFIZ SWASTA TEKESAN COVID-19 AKAN DIBINCANG BERSAMA PM

DALAM NEGARA

ISU TAHFIZ SWASTA TEKESAN COVID-19 AKAN DIBINCANG BERSAMA PM

KOTA BHARU: Isu maahad tahfiz swasta yang terpaksa menutup operasi akibat pandemik COVID-19 akan dibincang bersama Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata, pertemuan yang dijangka akan dibuat minggu hadapan akan turut disertai menterinya, Idris Ahmad.

“Berdasarkan Bajet 2021, setakat ini kita telah membelanjakan sejumlah RM60 juta khusus untuk bidang pendidikan Islam terutama melibatkan tahfiz dan sekolah pondok.

“Antara perkara yang kita akan bawa kepada pertimbangan dalam pertemuan bersama perdana menteri ialah untuk tahfiz-tahfiz ini dapat terus bertahan dalam suasana pandemik.

“Kita jangka apabila sekolah dibenarkan operasi pada Oktober nanti mungkin mereka (tahfiz) boleh bernafas sikitlah. Apa pun, ini merupakan masalah yang agak besar kerana setiap operasi tahfiz itu memang tinggi kosnya,” katanya kepada media selepas Program Outreach Vaksinasi COVID-19 di Masjid As-Salam, Pengkalan Chepa, Kota Bharu.

Beliau turut menyeru agar semua maahad tahfiz, sekolah pondok dan sekolah agama swasta berdaftar dengan majlis agama negeri masing-masing bagi memudahkan penyaluran bantuan dapat dibuat. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading