Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KEMATIAN HUD ARYAN DISIASAT SECARA TELITI, DIKHUATIRI ADA UNSUR KECUAIAN – POLIS

DALAM NEGARA

KEMATIAN HUD ARYAN DISIASAT SECARA TELITI, DIKHUATIRI ADA UNSUR KECUAIAN – POLIS

Mohd Yusoff berkata hasil bedah siasat terhadap kanak-kanak berkenaan tidak menemukan sebarang kecederaan pada anggota badan serta tiada unsur jenayah.

KOTA BHARU: Kematian kanak-kanak lelaki berusia 19 bulan Hud Aryan Mohd Nor Hafifi akan disiasat secara teliti kerana dikhuatiri ada unsur kecuaian, kata Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat.

Mohd Yusoff berkata beliau telah mengarahkan Ketua Polis Daerah Tanah Merah Supt Mohd Haki Hasbullah untuk menjalankan siasatan lanjut terhadap keluarga kanak-kanak berkenaan.

“Saya memantau TikTok orang ramai dan mereka mengatakan cara kanak-kanak itu hilang tidak logik kerana dalam tempoh beberapa minit sahaja dia (Hud Aryan) telah terjatuh ke dalam sungai.

“Pihak polis bimbang sekiranya ada unsur kecuaian dan kes ini masih diklasifikasikan sebagai kematian mengejut,” katanya dalam sidang media khas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini hari ini.

Mohd Yusoff berkata hasil bedah siasat terhadap kanak-kanak berkenaan tidak menemukan sebarang kecederaan pada anggota badan serta tiada unsur jenayah.

Beliau berkata polis akan mengambil keterangan keluarga termasuk ibu dan bapa kanak-kanak itu serta jiran-jiran yang berdekatan di kawasan Kampung Aira Kuala Tiga, Tanah Merah.

Pada Isnin lepas, kanak-kanak itu dilaporkan hilang di Kampung Aira Kuala Tiga dan memasuki hari ketiga pencarian semalam, anggota mencari dan menyelamat (SAR) menjumpai mayat Hud Aryan di tebing sungai kira-kira tiga kilometer dari rumahnya.

Jenazah Hud Aryan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kuala Tiga, Tanah Merah, awal pagi tadi. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading