KELANTAN PERLU PERUNTUKAN KERAJAAN PERSEKUTUAN ATASI MASALAH PAIP LAMA
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur, Air dan Pembangunan Luar Bandar negeri Datuk Dr Izani Husin berkata terdapat 4,000 kilometer paip lama berusia 40 tahun yang perlu diganti, dengan anggaran kos RM1 juta bagi setiap kilometer.
KOTA BHARU: Proses penggantian paip lama di Kelantan memerlukan peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan berikutan kos tinggi untuk menggantikan paip uzur yang berusia puluhan tahun.
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur, Air dan Pembangunan Luar Bandar negeri Datuk Dr Izani Husin berkata terdapat 4,000 kilometer paip lama berusia 40 tahun yang perlu diganti, dengan anggaran kos RM1 juta bagi setiap kilometer.
Beliau berkata kerajaan negeri hanya mampu menyiapkan sekitar 150 kilometer setahun bergantung kepada kemampuan kewangan.
“Projek penggantian paip lama sedang dijalankan melalui peruntukan Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) berjumlah RM174.86 juta, melibatkan penggantian 226 kilometer paip baharu.
“Namun, jumlah ini masih belum mencukupi untuk menyelesaikan masalah bekalan air secara menyeluruh,” katanya selepas merasmikan Loji Rawatan Air (LRA) Kampung Telok, Panji di sini hari ini.
Izani berkata Kelantan melalui Air Kelantan Sendirian Berhad telah menyenaraikan projek penggantian paip dalam dua pakej utama.
“Pakej satu melibatkan 103 kilometer paip di kawasan seperti Desa Darul Naim, Tanjung Mas dan Bandar Kuala Krai, manakala pakej dua pula melibatkan 123 kilometer paip meliputi kawasan seperti Taman Uda Murni, Kedai Buloh dan Pekan Kok Lanas.
“Kelantan menghadapi cabaran besar dalam sistem bekalan air akibat paip usang, kebocoran dan kadar air tidak berhasil yang tinggi, menyebabkan gangguan bekalan kepada penduduk,” katanya.
Izani berkata campur tangan Kerajaan Persekutuan dalam bentuk geran khas atau tambahan peruntukan amat diperlukan bagi mempercepatkan penggantian paip serta meningkatkan sistem bekalan air.
Sementara itu, beliau berkata LRA Kampung Telok yang telah beroperasi dijangka mampu membekalkan 30 juta liter sehari kepada kira-kira 13,000 akaun pengguna di sekitar Pengkalan Chepa dan Pantai Cahaya Bulan. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests