Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KENAIKAN KOMPAUN LANGGAR SOP BUKAN MENGANIAYA RAKYAT

DALAM NEGARA

KENAIKAN KOMPAUN LANGGAR SOP BUKAN MENGANIAYA RAKYAT

KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob menyokong cadangan pindaan Akta 342 Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1998 untuk menaikkan kompaun pelanggaran standard prosedur operasi (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menurutnya, kenaikan nilai kompaun tersebut bukan bermaksud untuk menganiaya rakyat, sebaliknya peringatan untuk mematuhi SOP yang ditetapkan bagi memutuskan rantaian COVID-19.

“Pihak peguam negara akan melihat kewajaran yang patut dikenakan untuk membuat pindaan pada akta ini supaya kompaun dinaikkan lagi.

“Saya bersetuju bukan kata nak kompaun rakyat tetapi sebab ada dalam kalangan mereka yang tidak bertangungjawab,” katanya selepas meninjau sekatan jalan raya (SJR) di sini pagi tadi.

Dalam pada itu, Ahmad memberitahu sebahagian rakyat Kelantan masih gagal mematuhi SOP sedangkan kes COVID-19 sudah merebak dalam masyarakat.

Usaha berterusan melalui kempen dan peringatan supaya rakyat mematuhi SOP digerakkan melalui ketua masyarakat, imam masjid dan ketua komuniti setempat, katanya.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading