Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PELAWAK DATUK JAMALI SHADAT MENINGGAL DUNIA

DALAM NEGARA

PELAWAK DATUK JAMALI SHADAT MENINGGAL DUNIA

KUALA LUMPUR: Pelawak komedi popular, Datuk Jamali Shadat, 78 tahun meninggal dunia pada jam 8.30 pagi tadi.

Kematian tersebut telah disahkan oleh cucunya Isyraq Ariff Zalull Ariff, 31, kepada media.

“Doktor memaklumkan bahawa datuk sudah tiada, urusan proses pengebumian akan dimaklumkan kemudian,” katanya.

Terdahulu, keadaan Jamali uzur sehingga tidak mampu berjalan dan kurang selera makan.

Ia disebabkan kemurungan yang dihadapi setelah isterinya, Lela Yacob meninggal dunia akibat serangan angin ahmar pada Jun 2018.

Ini memberikan kesan yang amat mendalam kerana jadual aktiviti seni dan kehidupan Jamali sebelum ini diuruskan oleh Allahyarham isterinya.

Jamali yang dilahirkan di Bukit Kapar, Klang, Selangor, mempunyai lapan anak dan 39 cucu.

Pada zaman kegemilangannya tahun 80-an, pelawak legenda ini cukup dikenali dengan kebolehan melakonkan watak dan suara kanak-kanak bernama ‘Atan’, sebagai datuk serta rakan berbilang kaum.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading