Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

‘KEPADA ALLAH SAYA BERSERAH’ – ZULKIFLI

DALAM NEGARA

‘KEPADA ALLAH SAYA BERSERAH’ – ZULKIFLI

KUALA LUMPUR: “Kepada Allah saya berserah, kepada-Nya jua saya memohon pertolongan,”

Demikian ungkapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dalam hantaran di Facebook rasminya selepas disahkan positif COVID-19.

Beliau turut memohon maaf atas kelemahan dan kekurangan dirinya.

“Saya mohon maaf atas sebarang bentuk kelemahan dan kekurangan daripada diri saya.

“Insya-Allah, bantuan Mus’adah Khas Siswa Siri 2 yang saya janjikan semalam kepada siswa yang terkandas, tetap akan diteruskan oleh agensi-agensi agama di bawah saya.

“Program-program Musa’adah COVID-19 yang telah diaturkan, akan terus dijalankan seperti biasa di seluruh Malaysia,” kata Zulkifli.

Kesemua program tersebut katanya perlu diteruskan kerana ramai yang memerlukan bantuan kewangan, barangan asas, makanan dan lain-lain dalam tempoh yang getir ini.

“Saya sayang anda semua. Patuhi semua SOP yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan Majlis Keselamatan Negara di mana jua anda berada,” katanya. — AlHijrah Online / Zaim Zamani


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading