Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KEPALA AIR: SEORANG MAUT, SEORANG LAGI MASIH HILANG

DALAM NEGARA

KEPALA AIR: SEORANG MAUT, SEORANG LAGI MASIH HILANG

Seorang wanita maut sementara seorang lagi dikhuatiri hilang selepas dihanyutkan kepala air di Air Terjun Kampung Orang Asli Pertak di sini, petang tadi.

KUALA KUBU BHARU: Seorang wanita maut sementara seorang lagi dikhuatiri hilang selepas dihanyutkan kepala air di Air Terjun Kampung Orang Asli Pertak di sini, petang tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan sekitar jam 5.30 petang tadi sebelum mengarahkan anggotanya ke lokasi kejadian.

Katanya kejadian melibatkan dua wanita yang masih belum dikenal pasti identitinya hanyut dibawa arus deras ketika mandi di lokasi kejadian.

“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) oleh pihak bomba melalui kaedah ‘water surface searching’ dipecahkan kepada dua pasukan menyusuri Sungai Pertak.

“Seorang mangsa dijumpai dicelah batu sungai dan kini dalam proses mengeluarkan mangsa,” katanya hari ini.

Sehingga kini, bomba masih dalam urusan mencari mangsa kedua selain mendapatkan maklumat berkaitan mangsa kejadian.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading