Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

RABA WANITA TEMPATAN, WARGA ASING DICEKUP

DALAM NEGARA

RABA WANITA TEMPATAN, WARGA ASING DICEKUP

Terdahulu, tular video memaparkan tangkapan suspek oleh pengunjung dan urusetia tapak pasar malam selepas dipercayai meraba seorang wanita warga tempatan yang kemudian diserahkan kepada pihak polis.

IPOH: Polis hari ini menahan seorang lelaki warga asing disyaki mencabul kehormatan seorang wanita dalam satu kejadian di tapak pasar malam Taman Perpaduan, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Yahaya Hassan berkata, suspek berusia 20 tahun itu ditahan selepas menerima laporan daripada mangsa berusia 36 tahun.

“Polis berjaya memperoleh perintah tahan reman selama tiga hari sehingga Jumaat ini untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana cabul kehormatan.

“Dengan tertangkapnya suspek, kes ini berjaya diselesaikan. Polis akan melengkapkan siasatan dan merujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk cadangan pertuduhan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, tular video memaparkan tangkapan suspek oleh pengunjung dan urusetia tapak pasar malam selepas dipercayai meraba seorang wanita warga tempatan yang kemudian diserahkan kepada pihak polis.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading