Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

DUA LELAKI PUKUL PEKERJA KEDAI SERBANEKA DITAHAN

DALAM NEGARA

DUA LELAKI PUKUL PEKERJA KEDAI SERBANEKA DITAHAN

Polis menahan dua lelaki hari ini disyaki terlibat dalam kes memukul seorang pekerja kedai serbaneka hingga cedera di Semenyih, dekat sini.

KUALA LUMPUR: Polis menahan dua lelaki hari ini disyaki terlibat dalam kes memukul seorang pekerja kedai serbaneka hingga cedera di Semenyih, dekat sini.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Mohd Zaid Hassan berkata masing-masing yang berusia 31 dan 32 tahun ditahan di Seremban, Negeri Sembilan dan Sepang, Selangor pada 11.30 pagi dan 12.30 tengah hari.

“Polis turut merampas dua telefon bimbit bagi membantu siasatan. Pemeriksaan lanjut mendapati kedua-duanya mempunyai satu rekod lampau melibatkan kes jenayah dan dadah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Zaid berkata permohonan reman terhadap mereka akan dibuat esok bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan.

Dalam kejadian kira-kira 5 pagi semalam, dua lelaki berkenaan yang dipercayai dalam keadaan mabuk telah memasuki sebuah kedai serbaneka di Semenyih bagi membeli minuman.

Seorang daripadanya kemudian membawa keluar tiga payung dari premis berkenaan tanpa membuat bayaran yang menyebabkan pekerja premis itu menegur suspek dan berlaku pertengkaran.

Suspek kemudian telah menumbuk muka pekerja lelaki berusia 18 tahun itu sebelum melarikan diri manakala pekerja berkenaan kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang pada 7.43 pagi semalam selepas mendapat rawatan di hospital.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading