KEPUTUSAN REPRESENTASI YASIN KAJI PERTUDUHAN KES DADAH DIKETAHUI 15 DIS
Mahkamah Sesyen di sini hari ini menetapkan 15 Dis untuk mengetahui keputusan representasi dikemukakan penyanyi nasyid dan komposer, Muhammad Yasin Sulaiman bagi mengkaji tiga pertuduhan kes dadah yang dihadapinya.
PETALING JAYA: Mahkamah Sesyen di sini hari ini menetapkan 15 Dis untuk mengetahui keputusan representasi dikemukakan penyanyi nasyid dan komposer, Muhammad Yasin Sulaiman bagi mengkaji tiga pertuduhan kes dadah yang dihadapinya.
Hakim Jamaludin Mat menetapkan tarikh itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Mohd Asnawi Abu Hanipah memaklumkan kepada mahkamah bahawa representasi masih dalam pertimbangan pihak pendakwaan.
Peguam Ariff Azami Hussein yang mewakili Muhammad Yasin berkata pihaknya sedia maklum bahawa representasi itu perlu dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara dan pendakwaan memerlukan masa, namun tempoh masa sebulan mencukupi untuk membuat keputusan berhubung representasi itu yang difailkan pada 26 Sept lepas.
Penyanyi lagu Mimpi Laila itu didakwa memberikan dirinya dadah jenis ’11-nor-delta-9 tetrahydrocannabinol-9- carboxylic acid’ di Pejabat Narkotik Ibu Pejabat Daerah (IPD) Petaling Jaya, pada 11.05 malam, 24 Mac lepas.
Dia dituduh mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 15 (1) akta yang sama, yang membawa hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau penjara maksimum dua tahun, jika sabit kesalahan.
Muhammad Yasin juga didakwa memiliki dadah jenis kanabis seberat 193.7 gram dan menanam 17 pokok dalam pasu plastik berisi tanah dan daripadanya kanabis boleh diperoleh sama ada secara terus atau tidak langsung di kediamannya di Persiaran Surian Damansara Indah Resort Home, PJU 3, Kota Damansara di sini, pada 5.30 petang, tarikh yang sama.
Pertuduhan memiliki dadah adalah mengikut Seksyen 6 Akta ADB dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39A(2) akta sama yang membawa hukuman penjara seumur hidup atau tidak kurang lima tahun dan boleh dikenakan hukuman sebat tidak kurang 10 sebatan, jika sabit kesalahan.
Bagi pertuduhan menanam pokok kanabis, pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 6B (1) (a) ADB dan boleh dihukum di bawah Seksyen 6B (3) akta sama, yang memperuntukkan penjara seumur hidup dan sebat tidak kurang daripada enam sebatan, jika sabit kesalahan.
Ketika ditemui pemberita di luar mahkamah, Muhammad Yasin yang memakai baju T putih berkata beliau berharap pihak pendakwaan dapat mempertimbangkan representasi itu sebaiknya.
“Representasi itu panjang sedikit dalam 47 muka surat yang mengandungi dokumen kesihatan dan keperluan rawatan saya. Oleh itu, saya sangat optimis dengan kebijaksanaan dan belas kasihan pihak pendakwaan,” katanya.
Sementara itu, Ariff Azami berkata Muhammad Yasin ditempatkan di penjara (sel) berasingan kerana keadaan kesihatannya namun menafikan penyanyi itu mendapat keistimewaan.
“Semalam saya telah melawat Muhammad Yasin dan keadaannya ceria dan bersemangat cuma kurang selera makan. Layanan pihak penjara dan polis terhadapnya sangat baik,” katanya.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH NEWS
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.