Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KERAJAAN AKAN SEDIA PUSAT HEMODIALISIS DI FELDA UNTUK MUDAHKAN PENEROKA – PM

DALAM NEGARA

KERAJAAN AKAN SEDIA PUSAT HEMODIALISIS DI FELDA UNTUK MUDAHKAN PENEROKA – PM

Kerajaan akan menyediakan pusat dialisis di Felda Chiku 3 bagi memudahkan peneroka yang menghidap penyakit buah pinggang mendapatkan rawatan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (dua, kiri) beramah mesra dengan para jemaah selepas selesai menunaikan solat zohor sewaktu hadir pada Program Sentuhan MADANI Felda Daerah Gua Musang di Masjid Al-Ghufran, Chiku 5/6 hari ini. –fotoBERNAMA

GUA MUSANG: Kerajaan akan menyediakan pusat dialisis di Felda Chiku 3 bagi memudahkan peneroka yang menghidap penyakit buah pinggang mendapatkan rawatan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ini kerana peneroka di tanah rancangan berdepan kesukaran untuk mendapatkan rawatan di hospital. 

“Di Felda ini iaitu di Hulu Kelantan, kita mengumumkan akan mengadakan Pusat Dialisis di Chiku 3 kerana peneroka susah untuk pergi ke hospital,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Ramah Mesra Bersama Warga Felda di sini hari ini.

Beliau berkata kerajaan turut memberi fokus terhadap isu pemilikan tanah bagi generasi baharu Felda yang memerlukan keterlibatan kerajaan negeri.

“Kita harap ada perubahan supaya kerajaan negeri boleh betul-betul bekerjasama dengan kerajaan Persekutuan untuk melaksanakan perubahan bagi peneroka generasi baharu ini,” katanya.

Terdahulu, Anwar dalam ucapannya berkata beliau turut memberi perhatian kepada masalah liputan Internet dan baik pulih tandas sekolah di kawasan tanah rancangan Felda.

“Saya akan bertemu dengan Menteri Pendidikan (Fadhlina Sidek) bagi memperelokkan tandas di sekolah,” katanya. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading