Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KERAJAAN BAHARU PALESTIN ANGKAT SUMPAH

DUNIA

KERAJAAN BAHARU PALESTIN ANGKAT SUMPAH

RAMALLAH: Kerajaan baharu Palestin diketuai Perdana Menteri Mohammad Mustafa mengangkat sumpah di sini pada Ahad.

Kerajaan baharu Palestin diketuai Perdana Menteri Mohammad Mustafa mengangkat sumpah. – AFP

RAMALLAH: Kerajaan baharu Palestin diketuai Perdana Menteri Mohammad Mustafa mengangkat sumpah di sini pada Ahad.

Kerajaan baharu yang terdiri dari 23 menteri berportfolio termasuk sekurang-kurangnya enam daripada Semenanjung Gaza. Mohammad juga akan mengambil alih jawatan Menteri Luar daripada diplomat veteran Riyad Al-Maliki.

Semasa majlis mengangkat sumpah di hadapan Presiden Palestin  Mahmoud Abbas, Mohammad berikrar bahawa kerajaan baharunya akan berkhidmat kepada semua warga Palestin, menekankan rujukan politik kerajaan adalah kepada Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) dan program politiknya serta komitmen antarabangsa sebagaimana dimandatkan di dalam surat pelantikan oleh Mahmoud, lapor Xinhua. 

Pada mesyuarat dengan kerajaan baharu selepas majlis itu yang berlangsung di Tebing Barat, Mahmoud mengulangi usaha sedang dijalankan untuk menyelaraskan tindakan dengan pihak Arab dan antarabangsa bagi menghentikan konflik di Gaza. 

“Matlamat politik kami ialah mencapai kebebasan, kemerdekaan dan pembebasan daripada pendudukan Israel dan kami sedang berusaha dengan pihak Arab dan antarabangsa yang prihatin untuk memperoleh keanggotaan penuh dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu,” kata Presiden, menurut agensi berita rasmi, WAFA. 

Pada 14 Mac, Mahmoud menugaskan Mohammad Ketua Dana Pelaburan Palestin yang juga penasihat ekonominya untuk membentuk kerajaan ke-19, menurut WAFA. 

Pelantikannya dibuat selepas Kabinet kerajaan sebelum ini meletak jawatan berikutan suasana yang mencabar dengan perkembangan di Gaza, Tebing Barat dan Baitulmuqaddis selain daripada tekanan tinggi dihadapi Mahmoud untuk melakukan perubahan pada pihak berkuasa Palestin dan menubuhkan satu kerangka politik yang mampu melakukan tadbir urus sebuah negara Palestin di masa hadapan selepas konflik di Gaza. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading